Utama Berita Automotif Tunggang lawan arus, warga asing cuba larikan diri dari JPJ

Tunggang lawan arus, warga asing cuba larikan diri dari JPJ

6

Tiada lesen bahkan berani melawan arus!. Itu tindakan melampau seorang penunggang warga asing yang akhirnya membawa padah apabila dicekup dalam Operasi Pemandu Warga Asing (PEWA), di Jitra, pada Isnin. 

Dalam kejadian berkenaan, pemuda tersebut juga bertindak berani dengan mengingkari arahan pihak berkuasa untuk berhenti.

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah, suspek dikesan oleh Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) ketika sedang melakukan rutin rondaan. 

“Pemandu terbabit dikesan memandu melawan arah aliran trafik. Namun, apabila diarahkan berhenti oleh petugas penguatkuasa, dia enggan memberikan kerjasama dan cuba melarikan diri.

“Hasil pemeriksaan lanjut selepas berjaya ditahan mendapati warga asing berkenaan tidak memiliki sebarang lesen memandu yang sah,” katanya dalam satu kenyataan.

Akibat tindakan ‘kebal’ undang-undang itu, pihak JPJ telah mengambil tindakan tegas dengan mengeluarkan saman P22 dan menyita motosikal untuk siasatan lanjut di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.

“Pihak JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu, terutamanya warga asing yang ingkar dan sengaja melanggar peraturan jalan raya.

“Tindakan tegas akan terus diambil secara berterusan bagi memastikan keselamatan awam sentiasa terjaga dan memupuk budaya pemanduan selamat,” tegas kenyataan itu lagi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here