Utama Berita Automotif Proton e.MAS 7 PHEV rasmi lancar, harga mula RM109,800

Proton e.MAS 7 PHEV rasmi lancar, harga mula RM109,800

5

PRO-NET rasmi melancarkan e.MAS 7 PHEV ke pasaran tempatan menerusi tiga pilihan varian iaitu :

  • Prime : RM109,800
  • Premium : RM123,800
  • Premium Plus : RM 129,800

Tidak seperti model hibrid dan PHEV generasi terdahulu, Proton e.MAS 7 PHEV serba baharu dibangunkan dengan konsep elektrik sebagai teras utama.

Enjin petrol 1.5 liter DHE berkuasa 73kW dan tork 123Nm berperanan sebagai sokongan tenaga dan hanya memacu roda apabila ia lebih efisien seperti pemanduan di lebuh raya atau ketika melalui laluan berbukit dalam jarak jauh.

Dibina di atas platform GMA yang moden, gabungan enjin dan motor elektrik menjana output keseluruhan 193kW dan tork 262Nm bersama transmisi hibrid (DHT) 11 dalam 1.

Ia menawarkan jarak pemanduan sejauh 1,000km bagi varian Prime manakala Premium Plus menawarkan jarak perbatuan sehingga 1,065km.

Manakala pecutan 0-100kmj dicapai dalam tempoh 8 saat bagi dua varian terendah dan varian tertinggi 8.2 saat dengan kelajuan maksimum 170kmj. 

Padanan sistem pacuan EM-i menawarkan pemanduan elektrik dalam penggunaan harian dan akan beralih ke sokongan hibrid apabila diperlukan.

Di samping itu, bateri LFP pula menawarkan prestasi yang selamat, tahan lama serta haba, sesuai dengan keadaan cuaca di Malaysia. 

Proton e.MAS 7 PHEV menawarkan tiga mod pemanduan untuk pelbagai situasi yang mana pertukaran mod berlaku secara lancar tanpa memerlukan sebarang tindakan daripada pemandu.

  • Mod Pure: Pemanduan elektrik penuh di jalan bandar. Sesuai untuk perjalanan harian, terutamanya bagi pemandu yang boleh mengecas di rumah dan menginginkan pengalaman pemanduan elektrik setiap hari.
  • Mod Hybrid: Gabungan automatik kuasa elektrik dan petrol. Dioptimumkan untuk pemanduan di lebuh raya atau mendaki bukit panjang, sistem ini menyesuaikan secara automatik dengan mengaktifkan klac, membolehkan enjin memacu roda secara terus.
  • Power mode: Pecutan dan respons yang dipertingkatkan. Menggunakan output gabungan sistem untuk tindak balas pedal minyak yang lebih segera, sesuai untuk memotong kenderaan lain atau pemanduan dinamik.

Proton e.MAS 7 PHEV menampilkan rekaan luaran yang moden dan unik menerusi lampu bar LED depan sepenuhnya yang futuristik digabungkan dengan lampu belakang LED 3D sepenuhnya.

Sementara, susunan lampu yang diperbaharui dan penutup but belakang yang direka semula menekankan identiti PHEV yang tersendiri.

Pemilihan rim aloi 19 inci memberikan penampilan sporty dan dilengkapkan dengan bumbung panorama.

Masuk ke kabin lebih minimalis dengan padanan hitam dan putih bersama lampu ambien  256 warna.

PENGGUNAAN BAHAN API

Sepanjang tempoh 10 tahun, anggaran kos bahan api dan penyelenggaraan e.MAS 7 PHEV adalah sekitar RM29,200 berbanding RM49,800 bagi SUV enjin petrol konvensional.

Ia disumbangkan oleh penggunaan enjin yang lebih rendah, brek regeneratif, lebih sedikit komponen bergerak, serta jadual servis EV sekali setahun atau setiap 15,000km.

Selain itu, jumlah kos penyelenggaraan dijangka kekal di bawah RM8,000 sepanjang tempoh 10 tahun.

Pemilik Proton e.MAS 7 PHEV juga akan menerima waranti kenderaan 6 tahun tanpa had perbatuan, serta jaminan bateri berkuasa tinggi dan komponen selama 8 tahun atau 160,000km.

Sempena pelancaran e.MAS 7 PHEV, PRO-NET menawarkan pakej Power Packs dengan Harga Pelancaran Khas untuk pelanggan awal melibatkan :

  • Power Home : Pengecas Rumah 7kW percuma bernilai RM 1,500
  • Power Online : Data Internet 2GB bulanan percuma selama 5 tahun bernilai RM 1,000
  • Power Trade-In : Rebat tukar-beli bernilai RM 1,000 melalui CARSOME*
  • Power Exchange : Layak menerima apabila kenderaan tidak lagi sesuai digunakan di Jalan raya, bernilai RM 4,000**
  • Power Protection : Pakej Insurans e.MAS Care eksklusif bernilai RM 1,000***

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here