Utama Berita Automotif Yamaha dan Isuzu tunjuk konsep pengembaraan unik, EV atas lori untuk aktiviti...

Yamaha dan Isuzu tunjuk konsep pengembaraan unik, EV atas lori untuk aktiviti bersama!

6

Yamaha bakal mencuri tumpuan di Osaka Auto Messe ke-29 apabila mengumumkan penyertaan bersama di reruai Isuzu A&S Co., Ltd. (Isuzu A&S).

Acara yang akan berlangsung di INTEX Osaka pada 13 hingga 15 Februari 2026 ini bakal menyaksikan satu kerjasama unik dan demonstrasi bagaimana teknologi elektrifikasi Yamaha dan ketahanan lori Isuzu mampu membentuk gaya hidup luar (outdoor).

Melalui kerjasama ini, kedua-dua syarikat memperkenalkan konsep pengembaraan baharu iaitu memandu lori Isuzu Elf mio ke destinasi pilihan.

Pengguna kemudiannya boleh menyambung penerokaan menggunakan kenderaan elektrik kompak Yamaha seperti model konsep DIAPASON dan basikal elektrik WABASH RT.

Konsep ini memudahkan pengguna sampai ke lokasi yang tidak tercapai oleh kenderaan lain, menjadikan hobi lebih menyeronokkan manakala kerja pula lebih mudah diselesaikan.

Inovasi Mobiliti Elektrik Yamaha

  • DIAPASON C580: Kenderaan mobiliti elektrik dua tempat duduk yang lincah untuk pelbagai permukaan jalan, termasuk kawasan ladang dan permukaan kasar. Untuk pameran ini, ia dilengkapi rak pembawa khas oleh Hard Cargo dan dimuatkan di atas dek belakang Isuzu Elf mio.

  • DIAPASON C729: Basikal elektrik konsep dengan fokus reka bentuk ultra ringan dan kompak. Ia sangat mudah dibawa sekali gus memudahkan pergerakan pengguna sebaik tiba di lokasi.

  • WABASH RT: Basikal kerikil (gravel bike) berbantu elektrik yang menggabungkan keselesaan jalan raya dengan keupayaan off-road. Basikal ini menggunakan balutan khas mengikut tema reka bentuk lori Isuzu.

Isuzu Elf mio Cross Style Concept 2026

Isuzu Elf mio Cross Style Concept diubah suai daripada varian Space Cab.

Lori ini sangat mesra pengguna kerana boleh dipandu menggunakan lesen memandu biasa, menjadikannya pilihan tepat untuk gaya hidup aktif.

Model ini turut menyerlah dengan pilihan warna premium seperti Dark Khaki Metallic (gred SE Custom) dan Flint Gray Metallic.

Ia dilengkapi aksesori siri Cross Style hasil kerjasama dengan Hard Cargo Co., Ltd.

Imej rugged lori ini diperkukuh dengan pemasangan rak kerja keluli, panel utiliti pada pelindung kabin, serta rak bumbung nipis yang menambah ruang muatan tanpa menjejaskan aspek aerodinamik.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here