
Setelah sekian lama berita berlegar di alam maya, Porsche dilapor akan membatalkan projek pembangunan kembar 718 Cayman dan Boxster versi elektrik.
Menurut laporan Bloomberg, CEO baharu yang memegang tampuk kepimpinan syarikat sejak 1 Januari 2026 itu sedang menilai semula dan mempertimbangkan kemungkinan untuk menamatkan projek tersebut.
Sumber dalaman memaklumkan kos pembangunan yang semakin meningkat serta kelewatan berterusan menjadi punca utama projek ini tidak berjalan lancar.
Porsche sebelum ini menghentikan produksi 718 generasi sedia ada pada bulan Oktober dengan perancangan untuk melancarkan versi EV pada tahun ini.
Antara sebab lain yang menjadi penghalang utama ialah berita kebankrapkan Northbolt selaku pembekal bateri utama bagi projek ini.
Sebelum produksi generasi sedia ada dihentikan, pada bulan September Porsche mengesahkan pula 718 generasi baharu akan terus ditawarkan dengan pilihan enjin pembakaran dalaman sebagai pelengkap kepada versi elektrik yang dirancang.



