
Di tengah-tengah kebanjiran pelbagai jenama motosikal, nama Jawa Motor sememangnya agak tenggelam di pasaran global.
Jenama kelahiran Czech itu kini sedia untuk membuat kemunculan semula menerusi model baharu 730 Twin.
Untuk info, jenama Jawa Motor ditubuhkan pada tahun 1929 dan pernah menjadi pemain utama di benua Eropah.
Kini, jenama itu lebih menyerlah di pasaran India menerusi Classic Legends, sebuah subsidiari di bawah Mahindra Group yang memegang lesen jenama Jawa dan Yezdi di sana.
Model ini dibangunkan sendiri oleh Jawa Moto, menampilkan enjin parallel-twin sejukan cecair menghasilkan kuasa 74 hp pada 8,200 rpm.
Enjin ini sudah memenuhi piawaian Euro5+ dan bakal ditampilan dalam versi lesen A2 dengan kuasa dihadkan kepada 47 hp.
Jentera kafe racer ini turut dilengkapi dengan fork USD KYB boleh laras sepenuhnya, penyerap hentak belakang KYB, sistem brek Brembo, sistem ABS Bosch, skrin paparan TFT dan lampu LED.
Berat keseluruhan dilaporkan sekitar 213kg, manakala tangki bahan api dijangka memuatkan kira-kira 16 liter.
































