Utama Berita Automotif MForce bawa masuk Brixton Storr 500 untuk pasaran Malaysia

MForce bawa masuk Brixton Storr 500 untuk pasaran Malaysia

5

MForce Bike Holdings, pengedar rasmi Brixton Motorcycles di Malaysia secara rasmi melancarkan Brixton Storr 500 dengan harga jualan Rm29,888.

Storr 500 dibangunkan sebagai pesaing kepada Honda NX500 dengan menawarkan enjin dan kuasa yang mirip dengan pesaing dari Jepun.

Motosikal jenama ini menawarkan 47hp pada 8,500rpm dan 43Nm pada 6,750rpm yang terhasil dari unit dua silinder 486cc dengan sistem penyejukan cecair.

Kuasa itu disalurkan kepada tayar belakang menerusi final drive rantai dan dikawal transmisi manual 6-kelajuan.

Antara kelengkapan didatangkan secara standard pada motosikal ini termasuk ABS Bosh dwi-saluran, lampu LED depan dan belakang, suspensi KYB boleh laras, serta sistem brek J.Juan.

Storr 500 ini juga turut didatangkan dengan tayar Pirelli Scorpion Rally STR secara standard dipadankan bersama rim 19-inci depan dan 17-inci belakang.

Sebagai motosikal bercirikan adventure, Brixton Storr 500 dilengkapi dengan tangki bahan api berkapasiti 16L yang menawarkan jarak 380km.

Brixton juga mendakwa motosikal ini mampu mencapai kelajuan lebih 160km/j.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here