Utama Berita Automotif BYD Saman Kerajaan AS: Cabar kesahihan tarif di Mahkamah Perdagangan Antarabangsa

BYD Saman Kerajaan AS: Cabar kesahihan tarif di Mahkamah Perdagangan Antarabangsa

7

Empat anak syarikat pengeluar automotif China, BYD yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman secara rasmi terhadap kerajaan persekutuan di Mahkamah Perdagangan Antarabangsa (CIT), pada 26 Januari lalu.

Saman tersebut bagi mencabar siri perintah eksekutif tarif yang dilaksanakan di bawah Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa (IEEPA). Maklumat mengenai saman tersebut didedahkan oleh CIT pada 2 Februari lalu.

Menurut dokumen mahkamah yang diperoleh majalah China, Caijing menyatakan plaintif terdiri daripada empat entiti operasi teras BYD di Amerika Utara melibatkan BYD America LLC (pengedaran dan perkhidmatan), BYD Coach & Bus LLC (pembuatan kenderaan elektrik komersial), BYD Energy LLC (operasi bateri), dan BYD Motors LLC (import dan jualan).

Defendan adalah kerajaan persekutuan AS serta pegawai utama dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Kastam dan Perlindungan Sempadan, Pejabat Wakil Perdagangan AS, dan Jabatan Perbendaharaan.

Sembilan Perintah Eksekutif Dicabar

Saman dengan nombor kes 26-00847 itu mencabar sembilan perintah eksekutif serta pindaan yang dikeluarkan sejak Februari 2025 termasuk:

  • Tarif sempadan menyasarkan Mexico (Perintah 14194) dan Kanada (Perintah 14193).
  • Tarif khusus terhadap China berkaitan fentanyl (Perintah 14195) dan “tarif timbal balik” (Perintah 14257).
  • Tarif terhadap Brazil (Perintah 14323) dan India (Perintah 14329) berkaitan transaksi minyak Rusia.

BYD memohon mahkamah memutuskan bahawa defendan tidak mempunyai kuasa berkanun untuk mengenakan tarif di bawah IEEPA dan mengisytiharkan semua perintah tarif tersebut sebagai tidak sah.

Syarikat itu juga menuntut bayaran balik semua tarif yang telah dikutip bersama faedah dan kos litigasi.

Saman berkenaan adalah sebahagian daripada gelombang litigasi besar-besaran yang mana beribu-ribu pengimport telah memfailkan kes sama sejak 2025.

Kes terdahulu yang difailkan oleh pengimport wain kecil, V.O.S. Selections, telahpun menang saman di mahkamah rayuan. Kerajaan kini telah merayu ke Mahkamah Agung, dengan keputusan akhir dijangka keluar pada separuh pertama 2026.

Buat masa ini, kes BYD diletakkan dalam status “tangguh prosedur” sehingga Mahkamah Agung memberikan keputusan muktamad dalam kes V.O.S. tersebut.

Impak Strategik Terhadap BYD

Walaupun operasi BYD di AS ketika ini tertumpu kepada kenderaan komersial (seperti bas elektrik di California) dan sistem storan tenaga, kemenangan dalam saman ini boleh membuka peluang besar bagi perniagaan kenderaan penumpang mereka.

Sekiranya BYD menang saman berkenaan :

  • Produk dari kilang mereka di Brazil boleh memasuki pasaran AS dengan tarif di bawah 15 peratus. 
  • Projek kilang di Mexico yang sebelum ini digantung mungkin akan beroperasi semula kerana ketidakpastian dasar telah diatasi.
  • Mexico merupakan pasaran luar negara paling signifikan buat BYD pada tahun lalu dengan eksport melebihi 120,000 unit kenderaan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here