Utama Berita Automotif Toyota Urban Cruiser BEV rasmi lancar, harga RM198,000

Toyota Urban Cruiser BEV rasmi lancar, harga RM198,000

111

UMW Toyota Motor rasmi melancarkan SUV segmen-B, Toyota Urban Cruiser ke pasaran tempatan pada harga RM198k.

Urban Cruiser ini diimport sepenuhnya (CBU) dari India dan dijual di pasaran terpilih ASEAN serta Eropah.

Dibangunkan di bawah konsep ‘Sophisticated Versatile Cruiser’, SUV elektrik ini menggabungkan bahasa reka bentuk ‘Urban Tech’ dengan platform khusus BEV untuk memberikan pengalaman pemanduan premium tanpa mengabaikan aspek praktikaliti. 

Berikut fakta ringkas tentang Toyota Urban Cruiser BEV :

  • Rangkaian kuasa elektrik menggunakan eAxle yang menggabungkan motor elektrik, inverter dan gear pengurangan. Output motor adalah 128 kW (174 PS) dengan tork maksimum 193Nm.
  • Tiga mod pemanduan utama: ECO, NORMAL dan SPORT.
  • Selain itu, terdapat Pedal Mode (atau mod 1-pedal) yang membolehkan pemandu mengawal nyahpecutan hanya dengan melepaskan pedal minyak. Untuk permukaan licin, terdapat mod Snow bagi mengurangkan gelinciran roda.
  • Pek bateri 61.1 kWh menggunakan lithium-iron phosphate (LFP) yang menawarkan kitaran jangka hayat yang lama dan lebih selamat.
  • Pengecasan bateri penuh menawarkan jarak gerak sehingga 426km.
  • Pengecasan pantas DC mengambil masa 50 minit (15-80 peratus), manakala pengecasan AC 7kW mengambil masa kira-kira 9.5 jam. Terdapat juga mod pengecasan ‘My Room’ yang membolehkan penumpang menggunakan penyaman udara dan sistem audio semasa kereta sedang dicas.
  • Platform khusus BEV ini menggunakan sistem topang MacPherson di hadapan dan sistem multi-link di belakang yang ditala untuk keselesaan dan kestabilan.
  • Walaupun mempunyai jarak roda yang agak panjang, radius pusingan hanyalah 5.2 meter, memudahkan pergerakan di jalan bandar yang sempit.
  • Dimensi Urban Cruiser adalah panjang 4,285mm, lebar (1,800mm), tinggi (1,635 mm) dengan jarak roda 2,700 mm.
  • Bahagian hadapan gaya ‘hammerhead’ merupakan identiti reka bentuk Toyota yang dipertingkatkan oleh unit lampu tirus dengan lampu nyala siang (DRL) LED melintang dan lampu isyarat membelok, serta hiasan berbentuk U di sekeliling bi-LED yang merupakan lampu tinggi dan rendah.
  • Di bahagian belakang, unit lampu merentasi pintu belakang dan melengkung ke bahagian bahu kenderaan yang berotot.
  • Ia dipadankan dengan rim aloi 18 inci dengan tayar saiz 225/55.
  • Kabin pula menampilkan konsol tengah yang ditinggikan, menjadi pusat kawalan utama dalam jangkauan mudah pemandu, termasuk pemilih gear jenis dail, suis brek parkir elektronik, dan pad pengecasan telefon pintar tanpa wayar.
  • Maklumat dipaparkan pada panel instrumen bersaiz 10.25 inci dan paparan multimedia LCD HD 10.1 inci untuk sistem infotainmen. Sistem audio premium JBL disediakan secara standard.
  • Tema warna keseluruhan kabin adalah coklat dengan tempat duduk kombinasi coklat dan hitam. Lampu ambien menawarkan 12 warna pilihan warna dengan 7-tahap kecerahan.
  • Tempat duduk belakang mempunyai sistem gelunsur yang mudah, membolehkan jarak antara penumpang hadapan dan belakang dilaraskan dari 807mm hingga 967mm.
  • Tempat duduk belakang juga boleh dibahagikan 40:20:40 dan boleh disandarkan. Kapasiti but adalah antara 238 liter hingga 562 liter (apabila tempat duduk dilipat penuh). 
  • Urban Cruiser dilindungi waranti 5-tahun/perbatuan tanpa had, manakala bateri dan komponen rangkaian kuasa EV didatangkan dengan waranti 8-tahun/perbatuan tanpa had.

KESELAMATAN

Urban Cruiser dilengkapi set keselamatan aktif dan bantuan pemandu yang komprehensif, termasuk:

  • Brake Support System: Mengenal pasti pejalan kaki, penunggang motosikal, dan kenderaan lain untuk mengelakkan perlanggaran.
  • Adaptive Cruise Control (ACC) dengan Lane Keep Assist (LKA): Mengekalkan jarak selamat dan kedudukan lorong secara automatik, termasuk fungsi stop-and-go.
  • Adaptive High Beam System (AHS): Melaraskan lampu tinggi secara automatik agar tidak menyilaukan pemandu lain.
  • Blind Spot Monitor (BSM) & Rear Cross Traffic Alert (RCTA): Memberi amaran kenderaan di titik buta atau semasa mengundur.
  • Kamera 360-darjah: Memberikan pandangan lengkap sekeliling kenderaan termasuk pandangan bird’s eye dan 3D.
  • Keselamatan pasif termasuk 7-beg udara SRS.

 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here