
Hyundai Motor Malaysia (HMY), dengan kerjasama Palm Motor Sdn Bhd secara rasmi melancarkan rangkaian pengedar sah terbaharunya di Petaling Jaya.
Pembukaan ini menandakan pencapaian penting dalam pelan pengembangan rangkaian HMY di seluruh negara, sekali gus memperkukuh komitmen syarikat dalam meningkatkan pengalaman pelanggan premium pintar.
Bilik pameran 4,200 kaki persegi dibina secara strategik menampilkan barisan penuh model Hyundai—termasuk SANTA FE, TUCSON, dan STARIA—dalam persekitaran moden dan selesa untuk para pelanggan.

Kakitangan Hyundai terlatih juga tersedia bagi memberikan penerangan produk secara profesional, khidmat perundingan, serta sokongan jualan.
“Pembukaan Hyundai Petaling Jaya adalah detik penting dalam pengembangan rangkaian kami, di mana kami menyasarkan untuk memiliki 25 cawangan di seluruh negara menjelang akhir tahun 2026.
“Matlamat kami adalah untuk memberikan akses lebih luas, pengalaman lebih baik, dan nilai bermakna kepada pelanggan di Malaysia, dipacu oleh janji kami – Sentiasa di sisi anda,” kata Eric Lee, Presiden Hyundai Motor Malaysia.
“Melalui Palm Motor, Hyundai kini kembali ke Petaling Jaya dengan tujuan untuk mendekatkan jenama ini kepada anda dan memberikan perkhidmatan lebih baik berbanding sebelum ini.
“Ini termasuklah memperkenalkan barisan kenderaan Hyundai terbaharu serta menyediakan pengalaman pelanggan hujung-ke-hujung yang cemerlang; daripada pembelian kenderaan sehinggalah kepada perkhidmatan servis dan sokongan pelanggan yang diyakini,” ujar Cedric Choo, Pengurus Pengedar Palm Motor Sdn Bhd.
Sambutan Berganda: Penyerahan Kenderaan Pertama
Menambah keterujaan pada majlis itu, Palm Motor meraikan penyerahan unit pertama Hyundai TUCSON 1.6T HEV kepada pelanggannya.
Hyundai TUCSON adalah model terlaris di peringkat global dengan jualan melebihi 10 juta unit di seluruh dunia sejak tahun 2004.

Dengan gril gaya parametrik 3D dan rekaan permukaan unik, ia direka khas untuk pencetus trend yang meminati reka bentuk futuristik.
Model ini dikuasakan oleh enjin hibrid Smartstream 1.6T-GDi.
Bonanza Pelancaran Besar-Besaran
Bagi meraikan pembukaan ini serta sempena musim perayaan, Hyundai Petaling Jaya menganjurkan Grand Launching Bonanza di premis mereka.
Bermula 10 hingga 12 April (10 pagi hingga 6 petang), pengunjung boleh menikmati pelbagai ganjaran menarik:
Tarikan Utama Grand Launching Bonanza:*
- Cabutan Bertuah Bernilai Sehingga RM10,000
- Hadiah Utama: iPhone 17
- Hadiah Kedua: TV Pintar Sharp 40”
- Hadiah Ketiga: Pembesar Suara Bluetooth Xiaomi
- Hadiah Saguhati: Kamera papan pemuka (Dashcam), pakej servis percuma, produk penjagaan kereta, pakej filem penapis cahaya, barangan eksklusif, baucar petrol, kad TnG, SmartTag dan lain-lain.
- Hadiah Utama: Seorang pemenang akan memenangi percutian tajaan penuh untuk dua orang ke perlawanan bola sepak terbesar di dunia.
- Promosi Percuma: Kamera papan pemuka dwi-lensa atau filem penapis cahaya (tinted).
- Tawaran Tukar Beli (Trade-In): Nilai sehingga RM5,000.
- Rebat Unit Demo: Bernilai sehingga RM38,888.
Kerjasama Jangka Panjang
Palm Motor Sdn Bhd mula menyertai rangkaian pengedar Hyundai pada tahun 2002 dan sejak itu telah membina reputasi yang kukuh melalui kepercayaan pelanggan dan kecemerlangan operasi.

Cawangan baharu di Petaling Jaya adalah satu lagi langkah ke hadapan bagi syarikat selepas dua dekad mewakili jenama Hyundai di Malaysia.
Lokasi & Waktu Operasi
Palm Motor Petaling Jaya
Lot 23-A & 25, 13/2, Jalan Kemajuan, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
Waktu Operasi:
Isnin – Sabtu: 9 pagi – 6 petang
Ahad & Cuti Umum: 10 pagi – 5 petang
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.hyundai.com/my/en.
*Tertakluk pada Terma & Syarat






























