
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) rasmi memperkenalkan Volkswagen Golf R baharu ke pasaran tempatan pada harga bermula RM337,790 seunit.
Bahagian janakuasa Golf R baharu ini menerima kemas kini menerusi enjin 2.0 TSI turbo berkuasa 333PS dan tork 420Nm, sekali gus menjadikannya Golf produksi paling berkuasa di pasaran.
Dipadankan dengan transmisi DSG 7-kelajuan, jentera ini mampu memecut dari 0-100kmj dalam hanya 4.6 saat yang kemudian dipadankan dengan sistem pacuan semua roda 4MOTION.
Tawaran Sistem R Performance Torque Vectoring pula mengagihkan tork secara dinamik antara roda belakang bagi pemanduan di selekoh lebih baik dan dinamik.
Melengkapkan tawaran spesifikasi itu adalah lima mod pemanduan iaitu Comfort, Sport, Race, Drift dan Individual.
Selain janakuasa, berikut ciri peralatan yang ditawarkan pada luaran dan kabin Volkswagen Golf R :
- Bampar hadapan dan gril radiator dengan reka bentuk ‘R’
- Bampar belakang reka bentuk ‘R’ dengan sistem ekzos Performance Titanium kuad
- Skirt sisi ‘R’ dan spoiler belakang
- Rim aloi ringan ‘Estoril’ bersaiz 19 inci
- Lampu utama matriks LED IQ.LIGHT menggabungkan lampu suluh utama berprestasi tinggi baharu
- Kluster lampu belakang LED 3D IQ.LIGHT yang direka semula, dipadankan dengan lampu isyarat membelok dinamik dan grafik belakang beranimasi
- Pelapik bumbung hitam dengan reka bentuk ‘R’
- Pedal keluli tahan karat berus dengan reka bentuk ‘R’
- Stereng sukan pelbagai fungsi haptik berbalut kulit dengan reka bentuk ‘R’
- Kemasan Carbon Grey reka bentuk ‘R’ pada papan pemuka dan panel pintu hadapan
- Tempat duduk hadapan dan tempat duduk luar barisan belakang dibalut dengan upholsteri kulit “Nappa”, lengkap dengan logo “R” pada tempat duduk hadapan
- Sistem infotainmen 12.9 inci baharu bergaya tablet dengan navigasi dan fungsi sentuhan dikuasakan oleh sistem operasi MIB4 terkini
- Digital Cockpit Pro menampilkan paparan papan pemuka beresolusi tinggi bersaiz 10 inci
- Integrasi pembantu suara IDA yang dipertingkatkan, ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, serta pengecasan telefon pintar tanpa wayar.
- Golf R baharu turut dilengkapi Sistem Bunyi Harman Kardon premium berkuasa 480W dengan sembilan pembesar suara
- Pilihan warna yang tersedia ialah Dolphin Grey, Lapiz Blue, Grenadilla Black dan Pure White
Demi ketenangan minda pemilik, VPCM menawarkan ciri keselamatan antaranya Park Distance Control, Adaptive Cruise Control dengan fungsi stop-and-go, Front Assist dengan Brek Kecemasan Autonomi serta Bantuan Lorong dan Bantuan Sisi.

































