
Bersempena sambutan 125 tahun Pure Motorcycling, Royal Enfield kembali ke Art of Speed Malaysia 2026 (AOS 2026) dengan dua jentera kustom istimewa – OBSIDIAN dan Carolina Reaper.
Kedua-dua model itu dipamerkan di booth Royal Enfield, yang terletak di Dewan A, MAEPS, Serdang.


Kehadiran ini mencerminkan hubungan erat Royal Enfield dengan dunia kustom dan ekspresi diri.
Dipamerkan secara terbuka buat pertama kali, OBSIDIAN adalah karya Pa’Din Musa dari Abah & Sons di bawah program Royal Enfield Custom World.
Dikuasakan enjin Super Meteor 650, chopper ini menggabungkan gaya vintaj dengan ketahanan moden.
Dibina untuk perjalanan jauh, hampir semua komponen ditempa secara hand made mengikut falsafah ringkas dan mudah diselenggara.
OBSIDIAN dilengkapi :
- Fork hadapan custom
- rim 21″/18″
- karburetor berkembar
- klac kaki
- jockey shifter tangan
- sissy bar untuk beg.

Sementara itu, Carolina Reaper pula adalah hasil kerja tangan Toshiyuki Osawa dari Cheetah Custom Cycles, Jepun.
Pada asasnya, jentera ini dibangunkan menerusi model rujukan asal Guerrilla 450.
Dengan enjin Sherpa 450 452cc, bodywork aluminium dan lengan ayun krom baharu, jentera ini menggabungkan prestasi roadster moden dengan jiwa pelumba flat track era 70-an.


Booth Royal Enfield turut menawarkan tunggang uji model terpilih sepanjang AOS 2026 berlangsung.
Sempena penganjuran AOS 2026 juga, pihak Royal Enfield Malaysia menawarkan pakej eksklusif bermula 1 Ogos hingga 30 Sept 2026.
Pakej eksklusif itu merangkumi :
- 5 Tahun Waranti
- 2 Tahun Servis Percuma
- 3 Tahun Bantuan Tepi Jalan
- Cukai Jalan Tahun 1 Percuma




























