Honda lancarkan Vario 150 di Malaysia

4768

Gabungan aspek tunggangan berkuasa serta prestasi terbaik dengan ciri-ciri sporty.Sistem Kunci pintar Honda. Enjin 150cc dengan teknoloji Enhanced Smart Power(ESP) dan Sistem Brek Combi.Demikian antara ciri-ciri yang terhidang pada Model Skuter baru Honda.

Model skuter baru telah dilancarkan oleh Boon Siew Honda untuk pasaran di Malaysia iaitu Vario 150. Pelancaran model Transmisi Automatik terbaharu(AT) dengan prestasi mengagumkan dan pelbagai ciri terbaik.Vario 150 baharu merupakan satu pilihan ideal dengan pakej lengkap pada sebuah model AT.



Populariti model AT kian meningkat dan kehadiran Vario 150 di lihat terus menambah baik produk Honda serta berpotensi besar dalam segmen AT. Dikuasai oleh enjin silinder tunggal empat lejang Sistem penyejukan cecair dan mampu menjana kuasa sehingga 13.1PS pada 8,500 rpm serta tork 13.4Nm pada 5,000 rpm.

Model transmisi automatik ini juga menawarkan ciri tambahan seperti lampu depan dan belakang LED. Panel Meter LCD Digital,Sistem Kunci Pintar Honda,enjin dengan teknoloji eSP dan ISS(Idling Stop System) iaitu enjin mati ketika berhenti dan hidup semula secara automatik apabila pendikit dipulas.

Honda

Ruang simpanan barang 18 liter boleh memuatkan topi keledar dan barangan lain. Maksima bahan api ialah 5,5 liter.Saiz rim 14 inci dengan padanan tayar depan 90/80 dan belakang 100/80. Brek depan dibekalkan dengan cakera sementara brek dram tersedia di belakang.

Terdapat empat warna pilihan iaitu Hitam Muiara(Pearl Magellanic Black),Biru Mutiara(Pearl Nightfall Blue) dan Perak Metallik(Force Silver Metallic). Yang dikategorikan warna Standard dan harganya ialah RM7,199.Sementara edisi Repsol dijual dengan harga RM7,399. Harga tersebut tidak termasuk insuran dan kos lain.Jaminan kilang selama dua tahun atau 20.000km(mana -mana yang terdahulu).

Honda

Honda

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here