[VIDEO] Toyota Yaris secantik prestasinya

2092

Reka bentuk Toyota Yaris boleh dikatakan kelihatan feminin dan mendapat maklum balas positif setakat ini. Namun harganya boleh dikatakan agak mahal iaitu sekitar RM140000 (Euro 29000).

Setanding dengan harganya, jentera ini hadir dengan enjin 1.8L supercharged 4-silinder yang bertenaga 209 hp.

Toyota Yaris GRMN

Hatchback Toyota ini sangat sesuai untuk dimiliki bagi mereka yang inginkan reka bentuk sederhana, namun mempunyai prestasi yang baik.



Siapa sangka Yaris GRMN ini mampu mengalahkan Renault Clio Rs 18 dalam perlumbaan litar. Renault Clio mempunyai enjin yang lebih baik iaitu enjin 1.6L turbocharged 4-silinder yang menghasilkan 217 hp.

Renault Clio Rs 18

Prestasi Yaris lebih baik di litar yang lurus disebabkan reka bentuk badannya yang ringan 69 kilogram berbanding Renault Clio.

Nak tengok prestasi hebat Yaris? Anda boleh saksikan perlumbaan mereka di video ini:

SumberĀ Cars.co.za

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here