Lorenzo “Litar kelihatan seperti laut”

1144

Jorge Lorenzo  menyalahkan saliran yang teruk merupakan  isu-isu yang dihadapi oleh MotoGP di litar baru Silverstone semasa dalam hujan lebat.Kerisauan para pelumba tentang terlalu bahaya seandainya hujan lebat pada hari Ahad semasa perlumbaan.

Lorenzo berjaya keluar dari perangkap sebelum kejadian menimpa Tito Rabat. Di mana penunggang Avintia Ducati terhempas sendiri sebelum dilanggar oleh Marc VDS Honda Franco Morbidelli.



Pada Februari lalu, Litar Silverstone telah dilancarkan semula sepenuhnya tetapi majoriti pelumba telah mengadu tentang litar semasa sesi latihan bebas. Pada  Jumaat yang diadakan dalam keadaan kering.

“Saya tidak fikir ada banyak air atau hujan, walaupun dalam sektor dua, tetapi ia kelihatan seperti laut apabila tiba di gear keempat atau kelima di selekoh Stowe, terdapat banyak air di sana.

Lorenzo“Ia kelihatan seperti masalah dengan saliran.”Tarmac tidak kering dengan cara biasa, adalah mustahil untuk menghentikan motosikal dalam hujan lebat. Tidak mustahil para penunggang berhenti dalam hujan lebat kerana sangat berbahaya,” kata Lorenzo.

Berikutan perbincangan antara jurulatih dan pengurus pasukan IRTA dan MotoGP, perlumbaan British MotoGP telah diubah iaitu bermula lebih awal. Sementara slot perlumbaan Moto3 biasa akan dijalankan selepas MotoGP.Ini merupakan usaha untuk menyasarkan keadaan cuaca yang terbaik.

MotoGP British terakhir di Silverstone yang diadakan dalam keadaan basah adalah pada tahun 2015, sebelum permulaan semula, yang dimenangi oleh Valentino Rossi. Lima pelumba terhempas dalam perlumbaan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here