Vinfast guna platform BMW untuk bina kereta baru

1528

Pengeluar automotif Vietnam, Vinfast nampaknya bakal memperkenalkan kenderaan baru mereka di Pameran Motor Paris pada bulan hadapan.

Kenderaan baru itu bakal menggunakan platform BMW terdahulu menerusi model 5 Series dan kenderaan utiliti sukan (SUV), X5 yang mana reka bentuknya dilakukan dengan kolaborasi pereka Itali, Pininfarina.

Ia akan dikuasai enjin 4 silinder turbo, BMW 2 liter dan tanpa sistem pemasaan injap pembolehubah Valvetronic. Difahamkan enjin itu menyalurkan dua kuasa berbeza membabitkan 175hp dan 227hp yang dipadankan transmisi 8 kelajuan ZF.



Adanya platform sedia ada, jentera yang bakal dilancarkan itu berjaya melalui proses pembangunan yang singkat. Hanya dalam masa 11 bulan bermula dari lakaran pertama hingga sentuhan akhir.

Vinfast memaklumkan reka bentuk terakhir dipilih berdasarkan maklum balas pengguna. Pengeluaran model ujian dijangka akan bermula Mac tahun hadapan dan pengeluaran sebenar bermula September 2019.

Jurutera VinFast melaporkan platform itu dilengkapi dengan teknologi perlindungan pejalan kaki dan bahagian sisi kenderaan yang bertambah baik untuk memastikan kereta melepasi regulasi global untuk di eksport.

Jentera itu bakal dibina di sebuah kilang berhampiran Hanoi, Vietnam.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here