9 kunci kereta dengan rekaan unik

4768

Apa bahagian kereta yang biasa kita dengar dan ianya penting untuk kereta selain daripada enjin? Dah tentulah kunci kereta! Kunci automotif sememangnya dicipta kerana fungsinya, tapi ada juga yang di reka sebagai karya seni yang membuatkannya kelihatan menarik dan unik

Kebanyakan kunci kelihatan membosankan tetapi ada beberapa kunci yang menarik untuk dikumpul oleh pengumpul kunci kereta. Kami senaraikan 9 jenis kunci yang luar biasa untuk dikumpul:



1. Kunci Fob Tesla Model S

Kunci jenis Fob (Free on Board) ini kebiasaannya digunakan pada kereta keluaran baru, tetapi kunci fob berbentuk kereta Tesla Model S ini sangat menarik perhatian kami kerana bentuk dan saiznya seakan model kereta mainan.

 

2. Kunci Fob BMW

Kunci jenis Fob dari BMW sememangnya sentiasa menarik tetapi kunci kereta keluaran terbarunya lebih menarik dan hebat! Kunci jentera ini bukan sahaja berfungsi sebagai kunci kereta malah ianya mempunyai skrin sentuhan mini- cukup menakjubkan. Sudah pasti kunci berteknologi tinggi ini menjadi piihan para pengumpul.

 

3. Kunci Jenis Kad Pintar Mercedes

Mercedes merupakan syarikat automobil pertama pada akhir 1990-an yang mengeluarkan kunci jenis kad pintar. Tak dinafikan bahawa Kad Pintar keluaran awal tidak begitu menarik, tetapi ia pasti merupakan sebahagian daripada sejarah automotif dan memberikan sentuhan unik kepada pengumpul kunci kereta.

 

4. Kunci Acura / Honda NSX

Kunci Honda / Acura NSX pada awal tahun 1990 dikatakan menggunakan kunci titanium yang sangat mahal. Kunci itu juga dikatakan tidak boleh dipotong menggunakan kaedah biasa kerana ianya diperbuat daripada titanium yang kuat. Pada hakikatnya, kunci itu bukanlah titanium, tetapi sejenis aloi nikel-tembaga yang dipanggil Monel, dan ia digunakan pada NSX sehingga tahun 1996. Mungkin ada yang berpendapat kunci ini nampak ringkas dan elegan, tapi bagi kami kunci ini kelihatan hebat kerana ia menggambarkan era kewujudan kereta itu

 

5. Kunci Nissan 300ZX

Kunci Nissan 300ZX dikeluarkan pada tahun yang sama dengan Mazda RX-7 dan Toyota Supra, tetapi kunci 300ZX ini mempunyai reka bentuk yang paling menarik. Diperbuat daripada ketulan titanium, kunci itu menunjukkan ciri-ciri futuristik dan sangat sesuai dengan strategi pemasaran Nissan pada waktu itu- Nissan 300 ZX diiklankan sebagai teknologi canggih pada tahun 1990-an dengan pilihan enjin twin-turbo dan stereng empat roda.

 

6. Kunci Formawerx Porsche 911

Kunci Formawerx Porsche 911 diperbuat daripada blok solid keluli tahan karat dan kemudian dibentuk menjadi kunci yang mempunyai enam lubang sekali gus menggambarkan jenteranya yang menggunakan enjin flat-six.

7.Kunci Ferrari Maranello

Kami tidak dapat menyempurnakan senarai kunci-kunci menarik untuk dikumpul tanpa kunci Ferarri dari Maranello ini. Walaupun terdapat banyak kunci yang menggunakan reka bentuk yang seakan sama selepas kereta ini dikeluarkan  dipasaran, kunci ini tetap istimewa untuk disimpan dalam koleksi pengumpul kunci kerana ianya kunci original Ferarri.

 

8.Kunci Mazda RX-7

Mazda RX-7 dilengkapi dengan kunci  asas yang membosankan dan tidak sepadan dengan prestasi kereta. Pilihan aftermarket ini di Amazon menawarkan peningkatan estetik, dan ia berpotensi berfungsi sebagai pendidikan juga. Jika anda perlu menerangkan bagaimana Wankel berfungsi dengan cara berbeza berbanding enjin pembakaran tradisional, hanya tunjukkan pemutar kecil pada hujung kunci anda untuk dijadikan contoh.

 

9. Kunci Platinum Koenigsegg

Senarai ini tidak mungkin lengkap dengan kunci paling mahal di dunia. Kunci berbentuk perisai dari Koenigsegg sangat menarik, tetapi reka bentuk yang ditempah khas menggunakan platinum / berlian ini merupakan lambang aksesori automotif yang mewah. Ia direka khas untuk pelanggan Koenigsegg Agera beberapa tahun yang lalu dan dianggarkan bernilai $250,000, atau kira-kira sama harga dengan Ferrari 488 yang baru.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here