Nazirul Izzat bersemangat selepas timba ilmu dari Rossi di Itali

2694

Selepas pulang menimba ilmu di Kem Akademi VR46 di Itali, pelumba CP115 PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing Nazirul Izzat Bahauddin, semakin bersemangat untuk menghadapi perlumbaan Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM PETRONAS 2018 di Kangar, Perlis, minggu ini.

Pelumba berbakat ini terpilih ke pusat akedemik milik bintang MotoGP Valentino Rossi di Itali bersama seorang lagi pelumba muda Yamaha Md Aiman Tahiruddin selain turut disertai dua pelumba dari Jepun dan Indonesia.

Nazirul Izzat



“Banyak ilmu dan perkara baru dipelajari sepanjang berada di Itali dan saya berharap dapat meningkatkan prestasi saya di Perlis minggu ini,” katanya.

“Peluang bertemu Rossi sendiri yang berkunjung ke kem sangat bermakna termasuk tunjuk ajar jurulatih di Akademi VR46.

“Paling mengujakan Rossi sempat berkongsi pengalaman dan memberi tunjuk ajar kepada kami.” Katanya.

Nazirul kini berada di kedudukan keenam keseluruhan kategori CP115 dengan 51 mata. Termasuk satu kemenangan podium di tempat ketiga di Temerloh. 

Menurut Nazirul, walaupun masih penat dengan jadual latihan dan penerbangan jauh, dia yakin masalah itu tidak akan menjejaskan prestasinya nanti.

nazirul izzat

“Tempoh rehat sejak tiba di tanah air semalam cukup membantu fizikal saya berada pada tahap terbaik”. Nazirul izzat

“Mengenai jentera, saya tidak bimbang kerana jurutera dan kru pasukan sentiasa menyediakan yang terbaik,” jelasnya.

nazirul izzat

Terdahulu, selepas lima pusingan, Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) mengungguli kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 113 mata. Diikuti rakan sepasukan, Md Fareez Afeez dengan 73 mata. Sambil diekori rapat Md Haziq Md Fairues (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) dengan 71 mata.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here