Lorenzo dan Pol Espargaro pulih sepenuhnya – MotoGP Buriram

1107

Jorge Lorenzo dan Pol Espargaro yang kedua-dua pelumba warga Sepanyol pulih sepenuhnya dan layak untuk beraksi di MotoGP Buriram, Thailand akibat kecederaan ketika perlumbaan di Aragon lalu.

Ketika perlumbaan di Aragon, Espargaro terbabit dengan kemalangan yang menyebabkan tulang selangkanya patah. Dia juga mengalami kecederaan yang sama ketika perlumbaan MotoGP di Brno.

Manakala bagi Lorenzo pula, beliau gagal menamatkan perlumbaan di Aragon selepas terbabit kemalangan dengan Espargaro di selekoh pertama pada awal perlumbaan.



Akibat kemalangan itu, juara dunia sebanyak lima kali terbabit patah ibu jari kaki dan tulang metatarsal kedua.

Namun, selepas menjalani ujian kesihatan di Buriram, kedua-kedua itu disahkan sudah pulih dan bakal beraksi di MotoGP hujung minggu ini.

Harap kedua-dua pelumba itu boleh memberi saingan sengit di Buriram nanti.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here