Kereta terbang Terrafugia dah boleh ditempah

1310

Terrafugia merupakan syarikat yang bakal mengeluarkan kereta terbang dengan sokongan Geely dari China.

Mereka sudah pun mula mengambil tempahan bagi pengeluaran kereta terbang pertama dunia yang dinamakan Transition itu.

Khabarnya kereta terbang yang ditempah bakal diedarkan pada tahun hadapan dan hanya akan dijual di Amerika Syarikat.



Mod terbang

Harga jentera itu bermula daripada $279,000 (RM 1,147,608) dan deposit sebanyak $10,000 (RM 41,580) diambil bagi setiap tempahan sejak Julai lalu.

Transition juga dikatakan mampu menukar mod pemanduan kepada mod terbang kurang daripada satu minit. Ia juga mampu terbang pada kelajuan 161 kilometer sejam (km/j).

Apabila diudara, enjin turbo-4 bakal menggerakkan jentera itu dan ia mampu terbang sejauh 644 kilometer. Manakala apabila di darat, enjin hibrid bakal digunakan sewaktu pemanduan.

Mod pemanduan di jalan

Ia lengkap dengan sayap yang boleh dilipat, sistem keselamatan payung terbang dan ruang untuk memuatkan barang.

Paling penting, kenderaan ini mematuhi piawaian dan standard Pentadbiran Keselamatan Lebuh Raya dan Lalu Lintas Kebangsaan.

Apa pendapat anda, adakah ia sesuai dijadikan kenderaan peribadi yang dipandu di Malaysia?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here