Terrafugia: Kereta terbang pertama dunia dijual bermula Oktober

3059

Kereta terbang ini dibina sebuah syarikat yang bernama Terrafugia di bawah naungan Volvo yang dinamakan sebagai TF-X.

Menurut sebuah laporan agensi dari China, TF-X boleh mula ditempah bermula Oktober ini. Namun begitu, harga pasarannya masih belum di umumkan lagi.

Teknologi hebat ini mampu terbang sehingga 644 kilometer pada kelajuan maksimum 322 kilometer sejam (km/j).



Terrafugia TF-X dikuasakan sepenuhnya menggunakan kuasa elektrik dan memiliki segalanya seperti kereta biasa.

Perbezaannya adalah ia lengkap dengan sayap yang boleh dilipat, sistem keselamatan payung terbang dan ruang untuk memuatkan barang.

Ia mampu terbang setinggi 10,000 kaki dan berat keseluruhan kereta itu sekitar 500 kilogram. Model TF-X dengan empat pintu masih dalam perancangan untuk dibina. Yang menariknya, ia tidak memerlukan landasan kapal terbang untuk berlepas.

Paling penting, kenderaan ini mematuhi piawaian dan standard Pentadbiran Keselamatan Lebuh Raya dan Lalu Lintas Kebangsaan.

Bagus TF-X ni, sangat sesuai untuk digunakan di Malaysia yang selalu sesak dengan kereta lebih-lebih lagi pada waktu puncak.

Mungkin kereta terbang ini boleh digunakan sebagai ambulans. Ia dapat mempercepatkan proses untuk hantar pesakit ke hospital tanpa perlu meredah kesesakan lalu lintas.

Apa pendapat anda, adakah ia sesuai dijadikan kenderaan peribadi atau hanya digunakan untuk pihak berwajib?

VIDEO:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here