[VIDEO] Volvo Trucks perkenalkan trak elektrik pandu-sendiri

1895

Volvo Trucks merupakan syarikat  yang berasingan dengan Volvo Cars, melancarkan trak konsep pandu-sendiri separa elektrik yang dinamakan Vera.

Ia dicipta bertujuan untuk memastikan proses penghantaran barang berkuantiti besar dengan lebih selamat dan bersih.Trak VolvoVera tanpa ruang pemandu direka untuk membawa trak sedia ada. Jentera pandu sendiri ini direka dengan pelbagai sensor dan dikawal dari hub pengawalan mereka.

Sistem yang direka ini memastikan Vera mengenal pasti kedudukannya dalam jangkauan jarak dekat, memantau secara terperinci serta menganalisis apa yang berlaku dengan pengguna jalan raya yang lain, dan kemudian bertindak balas dengan tepat dan cepat.Trak VolvoSistem ini juga dapat menentukan kelajuan trak dan dapat mempercepatkan masa penghantaran barang.



Volvo Trucks akan terus membangunkan konsep ini dalam masa terdekat untuk memastikan ciptaan seperti Vera dapat dilaksanakan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here