SUV terlaju dunia

1754

Lister yang merupakan syarikat pengeluar kereta lumba, kini bertanggungjawab untuk menghasilkan kenderaan utilti sukan (SUV) terpantas dunia dengan gelaran Lister LFT-666.

Lister LFT-666 adalah hasil talaan syarikat berkenaan yang boleh dianggap berjaya selepas mencapai kelajuan diluar jangkaan.



Ia dibina daripada model Jaguar F-Pace, SUV itu diubah menghasilkan 670bhp dengan kelajuan tertinggi sehingga 321 kilometer sejam (km/j). Berkelajuan dari 0-97km/j hanya dalam 3.5 saat.

Walaupun Tesla Model X P100D boleh melakukan perkara yang sama dalam 2.5 saat dalam mod Ludicrous.

Namun Tesla Model X P100D hanya mempunyai kelajuan maksimum yang terhad iaitu sebanyak 250km/j .

 

Pengubahsuaian gentian karbon yang meluas akan mengurangkan berat jentera. Ia juga meningkatkan prestasi untuk membantu mencapai kelajuan maksimum.

Lister F-Pace  juga menggunakan kelengkapan dari  Lister yang unik seperti kit badan penuh,roda aloi baru dan pelapik brek berwarna kuning.

 

2 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here