51 Ferrari musnah akibat Taufan Jebi di Jepun

1601

Taufan Jebi membadai Jepun pada awal minggu lalu menyebabkan kemusnahan besar di Pusat Pengedar Ferrari di pulau Rokko. Pulau buatan di bandar Kobe itu dibadai taufan terkuat yang pernah melanda Jepun sejak tahun 1993 dan pusat pengedar itu selepas dibanjiri air setinggi 3 kaki.

Yahoo Jepun melaporkan taufan itu memusnahkan tidak kurang daripada 51 daripada 53 Ferrrari baru dan terpakai ditempatkan terbabit.

Pekerja di pusat pengedar itu cuba menghalang air yang dibawa ribut dari memasuki gudang itu menggunakan ‘terpal’ dan beg pasir namun usaha mereka gagal.



Air laut memasuki gudang dan memusnahkan 51 Ferrrari yang tidak boleh dibaiki lagi. Ia menyebabkan pengedar terpaksa menggunakan trak untuk mengalihkan semua jentera mewah itu.

Jumlah keseluruhan Ferrari yang rosak itu dianggarkan sebanyak USD 9juta.

Media tempatan Jepun melaporkan syarikat itu menuntut kerugian menggunakan khidmat insurans. Namun perniagaan mereka akan tetap terjejas buat jangka masa yang agak panjang.

Walaupun ia tidak mustahil untuk membaiki kereta yang rosak akibat banjir, ia memakan kos yang tinggi. Ini kerana ia akan melibatkan pembinaan semula enjin kenderaan itu.

Ferrari S.p.A. ialah pengeluar kereta sport Itali yang dihasilkan di Maranello, Itali. Ferrrari diasaskan Enzo Ferrari pada 1929, sebagai Scuderia Ferrari, syarikat ini menaja pemandu kereta dan pengilang kereta lumba sebelum berpindah kepada penghasilan kenderaan jalanan yang sah sebagai Ferrari S.p.A. pada 1947.

Sepanjang sejarahnya, syarikat ini telah terkenal dengan penyertaan berterusan dalam perlumbaan, terutamanya dalam Formula Satu, di mana ia telah mencapai kejayaan besar.Kereta Ferrari umumnya dilihat sebagai satu simbol kemewahan dan kekayaan.

Enzo Ferrari pada mulanya tidak berminat dalam idea penghasilan kenderaan jalanan semasa beliau membentuk Scuderia Ferrrari pada 1928. Scuderia Ferrrari ditubuhkan unyuk menaja pemandu amatur dan beribu pejabat di Modena.

Sumber Blic News

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here