Geely Haoyue Pro lancar sebagai Vision X6 Pro di China

176

Geely memperkenalkan tambahan baharu siri Haoyue yang dikenali sebagai Haoyue Pro.

Menggunakan nama Geely Okavango di peringkat antarabangsa dan X90 di Malaysia, SUV itu merangkumi versi Haoyue, Haoyue L dan terkini Haoyue Pro. 



Bahagian luaran Haoyue Pro dibangunkan berasaskan Vision Pro menerusi rekaan gril matrik bersaiz besar bersama lencana Geely berwarna perak.

Pemasangan lampu depan mengekalkan kontur asas yang menggunakan sumber cahaya halogen dan LED. Selain itu, SUV tersebut menggunakan rekaan baharu rim aloi bersaiz 18-inci dengan elemen reka bentuk sisi dan belakang mirip Vision X6 Pro.

Dimensi masih kekal menerusi panjang 4,518mm, lebar (1,834mm) dan tinggi (1,715mm) bersama jarak roda 2,666mm.

Manakala rekaan kabin tampil serba baharu menerusi dua skrin terapung yang disatukan dengan instrumen kluster mirip Mercedes Benz sekaligus mengurangkan penggunaan punat fizikal.

Pada konsol tengah menempatkan tombol gear dan punat brek parkir elektrik. SUV baharu itu juga dilengkapi dengan kerusi kemasan kulit dwi-tona, panel hiasan ukiran laser pada konsol tengah dan bentangan 5-tempat duduk membezakannya dengan Haoyue L.

Haoyue Pro menggunakan enjin 1.5 liter turbo yang menghantar kuasa maksimum 133kW dan tork 290Nm.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here