Bautista menggantikan Lorenzo di MotoGP Australia

1063

Alvaro Bautista akan menggantikan pelumba Ducati, Jorge Lorenzo di MotoGP Australia hujung minggu depan.

Alvaro Bautista berkata, dia akan merealisasikan impian apabila di beri peluang menunggang Ducati di Phillip Island.



Lorenzo tidak dapat berlumba dalam MotoGP Jepun kerana pergelangan tangan yang patah. Juara dunia MotoGP tiga kali, Lorenzo akan terlepas pusingan ketiga berturut-turut di Phillip Island selepas terbang balik untuk meneruskan rawatan, namun berharap dapat kembali ke Malaysia bulan depan.

Bautista berkata: “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Angel Nieto, Jorge Martínez ‘Aspar’ dan semua krewnya, kerana mereka membenarkan saya bersaing dengan pasukan rasmi Ducati di GP Australia.

“Saya akan cuba belajar dan bekerja dengan sebaik mungkin. Ia adalah ilusi untuk dapat bersaing dan untuk melakukannya dengan Ducati adalah impian menjadi kenyataan”.

Dia akan beralih ke World Superbikes dengan Ducati pada 2019 selepas sembilan tahun di MotoGP.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here