MV Agusta perkenalkan F4 Edisi Claudio Castiglioni

1368

Claudio Castiglioni dikenali kerana jasanya yang berjaya menyelamatkan beberapa jenama motosikal terkenal seperti Ducati dan Husqvarna.

Castiglioni lah yang memulakan trademark MV Agusta pada tahun 1991 dan bertanggungjawab mereka bentuk model F4. Jentera F4 ini mula diperkenalkan kepada dunia pada tahun 1997.



Model edisi istimewa F4CC 2018 juga dinamakan bersempena nama Castiglioni sebagai penghargaan kepadanya. Ini kerana dengan jasa Castiglioni, F4CC 2018 mencapai kelajuan sehingga 313.8 kilometer sejam.

F4 terbaharu yang juga bakal dinamakan sempena Claudio Castiglioni ini ternyata lebih hebat berbanding model terdahulu.

Jentera itu dibina daripada gentian karbon serta tayarnya daripada BST. Ia turut dilengkapi dengan kaliper brek daripada Brembo Stylema dan suspensi Ohlins.

Enjinnya pula dilengkapi rod penyambung titanium, serta engkol yang ringan dan seimbang. Ia turut dilengkapi dengan sistem penuh ekzos titanium SC Project yang menghasilkan 212 hp di trek dan dan 205hp di jalan.

Kuasa ini disokong oleh Sistem Bantuan penunggang yang sofistikated bersama sistem empat mod bagi mengelakkan kemalangan daripada berlaku.

Ia turut dilengkapi dengan skrin AIM yang memaparkan semua data dan dilengkapi dengan sistem GPS. Sistem ini membenarkan penunggang untuk menetapkan konfigurasi motosikal bersesuaian dengan keadaan jalan yang berbeza.

MV Agusta bakal membina sebanyak 200 unit model F4 Claudio Castiglioni sahaja. Mereka masih belum mengumumkan harga jentera ini.

Namun nilai F4 Claudio Castiglioni dijangkakan agak sama dengan F4CC 2008 yang dijual dengan harga $120,000 (RM 498,960.00).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here