Mazda berjaya kumpul dana RM303,000 untuk pesakit buah pinggang

1100

Mazda berjaya mengumpul sebanyak RM303,000 yang akan disumbangkan kepada Mazda Medicare Fund (MMF).

Dana itu berjaya dikumpul apabila Bermaz Motor telah mengadakan Kejohanan Kebajikan Golf Mazda baru-baru ini bagi membantu pesakit buah pinggang. Kejohanan itu diadakan di Sultan Abdul Aziz Shah Golf & Country Club (SAASGCC) Shah Alam. 

Bermaz menzahirkan rasa terima kasih kepada sokongan hebat daripada pemilik kenderaan Mazda, pengedar Mazda dan rakan kongsi Bermaz yang telah menjayakan majlis itu.



Sokongan bantuan semua pihak yang terlibat membantu MMF menjayakan misinya untuk membantu mereka yang memerlukan.

Pada awal tahun ini, Bermaz motor telah melancarkan Kad Istimewa Mazda dengan kerjasama MMF. Melalui Kad Istimewa Mazda ini semua yuran pendaftaran pemilik Mazda akan disalur terus kepada MMF.

Sejak itu, sumbangan melalui Kad Istimewa Mazda semakin meningkat dengan hasil sumbangan pemilik Mazda yang terlibat dengan pelbagai majlis amal daripada Bermaz Motor.

MMF mensasarkan untuk memberi bantuan rawatan hemodialisis kepada pesakit buah pinggang peringkat akhir (ERSD).

Pesakit yang layak akan menerima rawatan hemodialisis bersubsidi di mana-mana Pusat Dialisis B Braun di Malaysia.

Selain daripada bantuan rawatan hemodialisis, MMF juga menyediakan bantuan kewangan kepada badan kebajikan lain.

MMF memilih rumah-rumah amal dengan teliti untuk memastikan segala dana yang diberikan akan digunakan sebaik mungkin.

Bermaz Motor kini berjaya meluaskan jangkauan badan kebajikan itu melalui sokongan baik yang diterima oleh MMF.

Sejajar dengan objektif MMF untuk membekalkan bantuan perubatan, Bermaz kini mewujudkan rangka kerja untuk kempen penjagaan kesihatan.

Kempen ini bertumpu pada aspek kesedaran, pencegahan dan pengesanan awal penyakit terminal seperti kanser dan AIDS.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here