Lelaki warganegara New Zealand bina litar ‘drift’ dikawasan rumah

1966

Takeshi Teruya seorang warganegara New Zealand yang berasal dari Jepun membina rumah impiannya sejak dia berpindah ke negara itu. Lelaki berusia 37 tahun itu membina litar drift sepanjang 130 meter di sekeliling rumahnya.

Ia bagai impian menjadi kenyataan apabila dia membina litar itu di kawasan rumahnya. Teruya yang menjadikan sukan drift sebagai hobi kini boleh melakukan hobinya pada setiap hari.

Dalam laporan The New Zealand Herald, Teruya memberitahu bahawa dia “lelaki paling gembira” di New Zealand  dengan adanya litar yang dibinanya itu.



Apabila bercakap tentang kawasan rumah, sudah tentu akan ada jiran-jiran lain bedekatan dengan rumahnya.

Teruya memberitahu bahawa jiran-jirannya sangat baik hati dan menyokong hobinya itu. Ini juga mungkin disebabkan kawasan rumah Teruya yang agak luas. Jadi ia tidak begitu mengganggu jiran-jiran lain.

Walaupun isterinya menyokong pembinaan litar yang Teruya lakukan, namun sebenarnya dia rasakan idea itu sangat “gila” dan tidak munasabah.

Teruya membesar di Jepun dan dia mula menceburi sukan drift sejak dari awal dia belajar memandu kereta.

Dia telah pun bertanding dalam banyak pertandingan sukan drift di Jepun dan meneruskan hobinya itu di New Zealand.

Tonton video ini untuk lihat litar yang dibina Teruya sekeliling rumahnya di New Zealand. Apa pendapat anda tentang pembinaan litar yang unik ini?

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here