X-Concept jentera konsep berteknologi tinggi daripada Perodua

181

Perodua menonjolkan X-Concept yang merupakan kenderaan konsep masa hadapan di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS).

Ia memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat keupayaan masa hadapan bagi kenderaan keluaran mereka, terutamanya dari segi konsep reka bentuk.

X-Concept merupakan kereta berteknologi tinggi yang menuju kearah aspirasi dan gaya hidup masa hadapan.

Jentera bercirikan hatchback ini juga dilengkapi dengan gril hadapan dan logo Perodua yang diterangi lampu LED serta lampu hadapan LED berbentuk Y.

Ciri menarik lain pada jentera ini ialah lampu isyarat membelok yang berurutan dan pintu sway yang mendedahkan ketiadaan pilar B apabila dibuka.

Manakala pada bahagian dalamannya pula, ia hadir dengan susun atur papan pemuka futuristik yangmengelilingi panel instrumen TFT. 

Selain itu ia hadir dengan skrin sesentuh tengah berukuran  12.9 inci dan stereng flat-bottom.

Komen anda mungkin membantu