Karlman King- SUV termahal di dunia

3483

Karlman King dilaporkan mencecah kos $2 juta (RM8.4 juta) yang boleh dikatakan sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) paling mahal di dunia.

Raja segala SUV itu dimiliki oleh sebuah syarikat dari China, IAT. Bagaimanapun Raja SUV itu tidak dibina di sana, sebaliknya sebuah kumpulan kecil daripada Europe ditubuhkan khas untuk pemasangannya.

Ternyata ia mempunyai reka bentuk yang sangat mewah yang berbanding Rolls-Royce dan Bently.



Tujuan IAT adalah membina sebuah SUV yang mempunyai identiti tersendiri dan tidak sama dengan SUV lain. Rekaan luarannya yang berbucu dan kelihatan seperti berlian pasti menarik perhatian.

Ia dibina dengan menggunakan platform Ford F-550 dengan beratnya hampir mencecah 5 tan. Jika memilih yang mempunyai ciri kalis peluru, beratnya mencecah 6.6 tan atau 13,000 paun.

Oleh kerana badannya yang agak berat, SUV itu mempunyai daya pecutan yang agak mengecewakan.

Namun, ia memiliki enjin 6.8 liter yang menghasilkan 400hp hanya mampu mencapai kelajuan maximum pada 140km/j.

Reka bentuk luaran mampu menarik perhatian sesiapa sahaja. Malah, hiasan dalamannya juga sangat istimewa di mana mempunyai ciri rekaan berasakan bintang dan ditambah dengan kerusi kulit.

Dilengkapi dengan penyaman udara yang berasingan bagi tempat duduk hadapan dan belakang, televisyen, Playstation 4, mesin pembuat kopi, dan peti ais. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here