Model terakhir Dodge Challenger SRT Demon

4688
model
Model terakhir Dodge Challenger SRT Demon

Ini adalah model terakhir Dodge Challenger SRT Demon sekali gus menjadi sejarah automotif dalam jentera muscle yang terkenal di Amerika Syarikat.

Pengeluar automotif negara berkenaan, Dodge sebelum ini sudah pun mengeluarkan 3,300 unit Dodge Challenger SRT Demon.

Menerusi video yang dipaparkan, ia menunjukkan proses pemasangan model terakhir Dodge Challenger SRT Demon warna hitam dan jentera terbabit akan dijual menerusi bidaan Barrett-Jackson Northeas pada Jun 2018.



model
Proses pemasangan jentera terakhir

Sebelum ini, Dodge Challenger SRT Hellcat keluaran 2015 dengan nombor siri satu dijual mencecah USD 1.65 juta (RM6.59 juta) untuk tujuan amal.

Namun model terakhir ini mungkin melebihi nilai terbabit yang dipasang Kilang Pemasangan Brampton di Ontario, Kanada.

Jika ikut spesifikasi sebelum ini, Dodge Challenger SRT Demon  dijanakan enjin V8 6.2 liter supercharged yang turut berkongsi dengan model Hellcat tetapi menyalurkan kuasa 840hp.

Rangsangan kuasa itu dicapai dengan pemasangan supercharger berkapasiti 2.7 liter serta meningkatkan tekanan daripada 14.5 psi kepada 11.6 psi.

Selain itu, ia menggunakan omboh dan rod baharu, selain dipasang dua pam bahan api.

Ia juga dikatakan jentera terpantas dunia. Kereta yang keluar dari kilang ini adalah satu-satu kenderaan paling laju tanpa menerima sentuhan daripada pihak selepas jualan lain.

Ia dikatakan mampu memecut dari tahap pegun sehingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh 2.3 saat.

Justeru itu, Dodge Challenger SRT Demon dikatakan memiliki G-Force paling tinggi berbanding kereta pengeluaran yang lain.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here