Tiada lagi kutipan tol KL-Seremban Expressway, Salak Expressway

2256

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan bahawa bermula jam 12.01 tengah malam 1 Jun 2018, tiada lagi bayaran kutipan tol bagi Jajaran Kuala Lumpur-Seremban Expressway dan Salak Expressway.

Sebelum ini laluan itu dikenali sebagai sebahagian daripada Jajaran Lebuhraya Metramac di Plaza Sungai Besi kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS).

Dengan penamatan tempoh konsesi jajaran itu, bayaran tol di semua laluan keluar dan masuk di Plaza Tol Sungai Besi dikurangkan di antara 50 hingga 01 peratus (atau di antara RM0.40 hingga RM1.70). Bergantung pada jarak perjalanan dan kelas kenderaan.



Penamatan itu sekali gus bakal memberikan manfaat kepada hampir 130,000 pengguna yang menggunakan plaza tol berkenaan setiap hari.

Pengguna yang melalui Plaza Tol Sungai Besi kini hanya perlu membayar tol mengikut jajaran Lebuhraya PLUS yang dilalui mereka sahaja.

Pengguna juga dinasihati agar sentiasa mematuhi peraturan perjalanan dan papan tanda arah yang disediakan semasa melalui plaza tol. Ini bagi memastikan perjalanan lancar ke destinasi yang ditujui.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here