PROTON bekerjasama untuk kilang CKD Pakistan dan bantuan kewangan dari China

1678

PROTON bekerjasama dengan dua rakan niaga di China yang bakal melonjakkan pembangunan masa depan pengeluar nasional itu.

 

Dokumen-dokumen tersebut adalah:

  1. Dokumen pertama– Perjanjian Perlesenan dan Bantuan Teknikal (LTAA) dengan Al Haj Automobile (Al Haj) untuk membina sebuah kilang pembuatan kereta Proton di Karachi untuk pasaran Pakistan.
  2. Dokumen kedua– Kemudahan perbankan ditawarkan China Construction Bank (CCB), bernilai RM1.88 bilion.

Majlis pertukaran dokumen disaksikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Beijing ketika menghadiri Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama Antarabangsa. Perdana Menteri turut hadir dalam sesi dialog dengan pembekal komponen bersama Pengerusi Geely Holding Group, Li Shufu, Pengerusi Proton, Dato’ Seri Syed Faisal Albar, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Geely Holding Group, Daniel Li Donghui dan ahli lembaga Proton, Shaharul Farez Hassan.



Imej: Forbes

Majlis pertukaran dokumen antara Proton dan rakan niaga di Beijing sangat penting dalam usaha mencapai matlamat jangka panjang.

LTAA antara Proton dan Al Haj dibuat susulan upacara simbolik pecah tanah yang diadakan di Islamabad, Mac lalu. Berdasarkan perjanjian, sebuah kilang pengeluaran pemasangan tempatan (CKD) baharu akan dibina untuk memasang dan mengedarkan kereta-kereta Proton di Pakistan.

Kilang dengan pelaburan awal AS$30 juta (RM123 juta) itu akan dibina di satu kawasan tapak Greenfield. Ia dijangka mewujudkan 2,000 peluang pekerjaan langsung dalam tiga tahun pertama operasi dan anggaran 20,000 pekerjaan tidak langsung untuk industri sokongan lain.

Dokumen kedua antara Proton dan CCB pula bagi kemudahan perbankan yang akan diluaskan salah satu bank terkemuka di China. Dana tersebut diperuntukkan untuk membiayai pelan pengembangan perniagaan Proton pada masa depan kerana dalam usaha mencapai matlamat menjadi jenama automotif nombor satu di Malaysia dan nombor tiga di Asean menjelang 2027.

Dato’ Seri Syed Faisal Albar berkata, pengembangan lebih banyak pasaran asing ialah kritikal untuk pertumbuhan jualan sambil memperoleh pembiayaan bagi membolehkan Proton bekerjasama dan melabur dalam banyak projek diperlukan untuk menjadikan syarikat ini jenama automotif peringkat global.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here