Disyaki lumba haram, polis Jerman merampas 120 kereta di Autobahn

2680

Polis dari Wismar, sebuah bandar di utara Jerman, merampas lebih 100 kereta pada Khamis lepas kerana disyaki terlibat dengan lumba haram.

lumba haram
Imej: Motor1

Kebanyakan pemilik adalah dari Norway yang mengambil bahagian dalam Eurorally. Iaitu sebuah kumpulan memandu bukan-kompetitif yang memandu dari Oslo, Norway ke Prague, Republik Czech. Dengan laluan melintasi Sweden, Jerman dan Poland.

Kereta-kereta itu ditahan dan dirampas di lebuhraya A20 Autobahn berdekatan Wismar, dan antaranya termasuklah model-model eksotik seperti Lamborghini dan Ferrari.



Imej: Eurorally.no

Walaupun kelajuan di bahagian A20 ini tidak dihadkan, namun penduduk setempat yang bimbang telah menghubungi polis. Ini kerana pemandu-pemandu ini memandu dengan cara merbahaya. Sesetengah antara mereka memandu sehingga 250km/j.

Jurucakap polis persekutuan Jerman memberitahu akhbar Bild bahawa Eurorally itu telah dihentikan dan siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui sama ada acara itu boleh dikategorikan sebagai lumba haram.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here