Ronaldo nafi beli Bugatti LaVoitureNoire bernilai RM60.6 juta

2718

Akhirnya bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo menafikan dirinya sebagai pembeli Bugatti La Voiture Noire yang juga sebuah hypercar termahal dunia, menurut laporan majalah TMZ.

Penafian itu dibuat wakil Ronaldo selepas berita dakwaan mengenai pemain terbabit adalah pemilik hypercar berkenaan.

Bugatti



Laporan awal mengenai Ronaldo dan Bugatti kali pertama didedahkan marca.com, tetapi tiada bukti spesifik didedahkan.

Jika benar Ronalda adalah pemilik kenderaan itu, beliau terpaksa menunggu sehingga 2021 untuk Bugatti menyiapkan La Voiture Noire.

Ia dipanggil sebagai La Voiture Noire dan dianggap sebagai kereta paling mahal dunia oleh pengeluarnya di Perancis. Bagaimanapun, hypercar berwarna hitam berkilat ini sudah dijual.

Bugatti

Kereta mewah luar biasa itu dihasilkan dengan gabungan model hypercar Chiron dengan gayaan yang diambil daripada produk legenda Bugatti iaitu Type 57 AC Atlantic 1936

Binaan badan kereta itu membabitkan ukiran tangan daripada material gentian karbon dengan beberapa lubang kecil pada penutup enjin untuk memastikan haba yang terhasil boleh disalurkan keluar. Enjin ini mendiami bahagian tengah casis.

Unit enjin yang digunakan adalah 8 liter empat turbo W16, sama seperti model semasa Chiron.

Bugatti

Ia boleh menghasilkan kuasa dan tork puncak masing-masing pada 1,479 bhp dan 1,600 Nm. Ia bantuan kotak gear tujuh kelajuan automatik klac kembar, selain dipadankan sistem pacuan semua roda.

Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo dos Santos yang dilahirkan pada 5 Februari 1985) adalah pemain bola sepak profesional Portugis yang memainkan pertandingan untuk kelab Itali Juventus dan kapten pasukan kebangsaan Portugal.

Selalunya dianggap sebagai pemain terbaik di dunia dan dianggap sebagai salah satu pemain paling hebat sepanjang masa, Ronaldo mempunyai rekod lima hadiah Ballon d’Or, yang paling banyak untuk pemain Eropah, dan merupakan pemain pertama yang memenangi empat pemain Eropah Kasut Emas.

JANGAN LUPA LIKE, KOMEN DAN SHARE ARTIKEL INI. SAYANG KORANG!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here