Tali pinggang keledar selamatkan lebih sejuta nyawa sejak 1960an

2006

Tahun ini genap 60 tahun penciptaan tali pinggang keledar keselamatan kereta. Ya, tali pinggang keselamatan yang anda malas guna pada kereta anda itu, ia telah diperkenalkan oleh jurutera Volvo, Nils Bohlins pada tahun 1959.

Menurut data yang dikumpul oleh Volvo Cars sejak 1959, dijangkakan lebih sejuta nyawa telah diselamatkan oleh penggunaan alat yang mudah berkenaan.



Volvo Car Malaysia mengambil kesempatan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini untuk melancarkan kempen #SafeDrive. Ia menggesa rakyat Malaysia untuk sentiasa menggunakan tali pinggang keselamatan ketika di dalam kenderaan, terutama sekali penumpang belakang.

Jelas pengarah urusan Volvo Car Malaysia, Nalin Jain, “Semua teknologi keselamatan automotif pada kenderaan bergantung kepada penggunaan tali pinggang keselamatan sebagai faktor utama. Tanpanya, apa juga ciri keselamatan lain pada kenderaan tidak akan berkesan. Salah tanggapan yang selalu dipercayai ialah bahawa beg udara dan struktur kerangka kenderaan semata-mata cukup untuk memberikan perlindungan kepada penumpang. Ini sama sekali tidak tepat.”

Syarikat itu kini bekerjasama dengan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) untuk meningkatkan kesedaran umum terhadap pentingnya penggunaan tali pinggang keselamatan.

Berdasarkan data dikumpul oleh MIROS pula sejak tahun 2017, secara purata 16 kematian jalanraya direkodkan sehari ketika bulan Ramadhan dan Syawal; ini suatu statistik membimbangkan.

Satu cara paling mudah untuk mengurangkan angka ini adalah dengan memastikan semua orang, termasuk penumpang di belakang, untuk menggunakan tali pinggang keledar. Bagi kanak-kanak kecil dan bayi pula, gunakan kerusi kanak-kanak sebetulnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here