Mark Zuckerberg – CEO Facebook yang tidak ada kereta mewah

2970

Mark Zuckerberg baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke-35 dua hari lepas. Pengasas dan CEO platform media sosial terbesar di dunia, Facebook, Zuckerberg merupakan antara manusia terkaya di dunia dengan aset bernilai lebih $70 (RM292) bilion.

Kereta Mark Zuckerberg - Honda Fit
Kereta Mark Zuckerberg – Honda Fit

Dengan kekayaan di tahap itu, Zuckerberg boleh membeli apa sahaja di dunia ini yang dia mahukan. Jika dilihat dan dibandingkan dengan orang kaya yang lain, mereka biasanya memiliki kereta sport, rare, eksotik dan ultra-mewah. Zuckerberg walaubagaimanapun berlainan dari mereka ini bukan sehaja kerana masih muda.

Mark Zuckerberg tidak memilik atau mempunyai sebarang kereta mahal, tetapi hanya memandu Honda Fit (Jazz) biasa untuk pemanduan hariannya (ibarat Perodua Myvi atau Axia di sini). Selain dari Jazz, Zuckerberg juga memiliki sebuah Volkswagen Golf GTi dan Acura TSX.



Kesemua jentera tersebut memberikan nilai keseluruhan kereta-kereta milik Zuckerberg tidak lebih dari $30,000 (RM125,200) sahaja. Ya, mungkin model seperti Jazz dan Golf GTi itu dikira sedikit mewah di sini, tapi percayalah bagi pasaran Amerika Syarikat, model-model ini adalah kereta harian rakyat marhaen sahaja.

Dan taukeh Facebook ini boleh saja beli model Bugatti paling laju atau Ferrari terkini, tapi dia tetap memilih untuk membeli kereta biasa. Rasanya Honda Jazz itu dia buat pinjaman berapa tahun?

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here