Honda Civic Type-R versi rali: Idea cool atau gila?

3740

Honda Civic Type-R sememangnya seronok dipandu di jalan (on-road), namun versi rali (rally) ini nampak cool dan seronok dipandu off-road.

Honda Civic Type-R versi rali
Honda Civic Type-R versi rali

Maklumat terperinci masih belum diperolehi, namun Honda dilaporkan bekerjasama dengan Ralph Hosier Engineering (RHEL) untuk membina kereta ini. Ia dinamakan Honda Civic Type-OveRland. Hmm apa pendapat anda?

Honda Civic Type-R versi rali



Honda UK terlibat dengan projek ini secara langsung, dan ini bukan suatu yang mengejutkan. Syarikat itu sebelum ini pernah menghasilkan Honda Civic Type-R pikap dan wagon.

Civic Type-R versi rali ini masih menggunakan nadi yang sama. Jadi, ia masih menghasilkan 306hp dan 400Nm tork dari 2.0-liter empat-silinder itu.

Namun suspensi telah dinaikkan sebanyak empat inci, dan jarak roda dilebarkan. Kit badan baharu juga diberikan untuk memuatkan tayar off-road, selain memberikan penyejukan lebih baik melalui lubang-lubang dan rongga sekitarnya.

Rim gaya rali, skup bumbung dan beberapa lagi lubang kemasukan udara menaikkan gayarali kereta ini. Setakat yang diketahui, Civic Type-OveRland ini tidak mendapat pacuan semua-roda, namun rasanya cukup seronok memandu di kerikil dengan hanya roda depan memberi pacuan.

Buat masa ini juga, model ini hanyalah konsep yang tidak akan dihasilkan oleh Honda untuk komersial. Tetapi jika anda meminta kepada RHEL dengan baik, mungkin mereka boleh bantu anda. Apa kata anda? Jom komen di bawah!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here