2 Lawan 1 buat Marquez sakit kepala

236

Litar Mugello membuatkan Marc Marquez sakit kepala. Kalau selama ini beliau hanya berdepan dengan seorang saja pelumba Ducati, ternyata Honda dan Marquez tersilap percaturan.

Tugas utama Marc Marquez sekarang ialah terpaksa mengalahkan dua pelumba Ducati yang telah membuktikan jentera Ducati bukan senang untuk di kalahkan.

Saat mendebarkan perebutan di dalam selekoh

Danilo Petrucci bersama rakan sepasukan Andre Dovizioso telah mengunakan satu taktik yang cukup sempurna, iaitu mengepung Marquez.

Peluang ini secara automatik memberi ruang kepada Petrucci memecut ke garisan penamat. Satu kombinasi berpasukan yang efisien dalam mengecewakan musoh tradisi.

Menurut Dovizioso, perlumbaan yang diibaratkan kejayaan berpasukan itu cukup berbaloi. Ini kerana keadaannya sungguh sukar. Jelasnya lagi, mengapa Marc dapat bersaing dengan mereka di selekoh.

Marquez mendahului di awal perlumbaan di Mugello

Penunggang Ducati begitu yakin ketika di tengah-tengah selekoh, namun kelajuan memihak kepada Marquez semasa di tengah selekoh, kedudukan jentera Ducati di tengah selekoh terlalu perlahan, ” penjelasan dari Andre Dovizioso.

Insiden persaingan yang mendebarkan di selekoh akhir sebelum penamat, cukup merisaukan kedua pasukan Honda dan Ducati. Jarak antara tiga jentera tersebut ibarat kata sapa cepat dia dapat.

Hebat dan sukar untuk di percayai, itu yang termampu di ucapkan oleh Danilo Petrucci meraikan kejayaannya mengalahkan Marc Marquez dan Andre Dovizioso di Mugello.

Komen anda mungkin membantu