Kerana kereta klon, 256 disenarai hitam JPJ Terengganu

2871

KUALA TERENGGANU: Seramai 256 individu di negeri ini bukan saja kerugian kerana membeli kenderaan klon, mereka turut disenarai hitam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana gagal hadir ke mahkamah atas dakwaan berbuat demikian.JPJ Terengganu

Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin, berkata jumlah itu membabitkan pembeli kenderaan klon sejak 2015 hingga Mei tahun ini. Yang didakwa mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, individu yang disenarai hitam oleh JPJ tidak boleh melakukan sebarang urusan berkaitan dengan jabatan berkenaan, termasuk untuk memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan kenderaan.



“Kegagalan pemandu kenderaan klon ini hadir ke mahkamah untuk pendakwaan menyebabkan mereka disenaraihitamkan dan tidak boleh melakukan sebarang urusan dengan JPJ sehingga kes diselesaikan.

“Justeru kita nasihatkan pembeli kenderaan klon yang didakwa supaya tidak mengabaikan kehadiran di mahkamah. Untuk prosedur kes kerana kegagalan berbuat demikian menyebabkan mereka berdepan lebih banyak masalah,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka JPJ negeri di sini, hari ini.

Dalam pada itu Zulkarnain berkata, dalam tempoh 2015 hingga Mei lalu, seramai 51 pembeli kenderaan klon di negeri ini dikenakan denda keseluruhan berjumlah RM384,900 kerana kesalahan memiliki kenderaan klon.

JPJ Terengganu

“Mengikut rekod, jumlah tertinggi individu didenda ialah pada 2015 membabitkan 24 kes dengan jumlah denda RM113,000; diikuti lapan kes pada 2016 (RM86,800); 11 kes pada 2017 (RM96,100; dan lima kes pada 2018 (RM53,000) dan tiga kes pada tahun ini R(RM36,000).

“Dalam kes membeli kenderaan klon, individu itu boleh dikenakan denda minimum RM5,000 dan maksimum RM20,000 bagi setiap kesalahan. Iaitu menggunakan kenderaan klon, nombor pendaftaran palsu, insurans palsu, lesen kenderaan motor palsu dan menggunakan kenderaan tidak daftar,” katanya.JPJ Terengganu

Beliau berkata, sejak 2015 juga, JPJ Terengganu mengesan 307 kenderaan klon. Yang kebanyakannya daripada model Mercedes Benz, Volkswagon, Honda, Toyota, Mini Cooper, Subaru dan Volvo.

“Model kenderaan ini adalah yang paling diminati dengan kebanyakan mangsa yang membeli kenderaan klon ini berusia lingkungan 30 hingga 45 tahun. Yang mempunyai keinginan tinggi menggunakan kereta import tanpa memikirkan kesannya apabila membeli kenderaan klon,” katanya.

Justeru beliau berkata, bagi mengelak menjadi mangsa penipuan penjual kenderaan klon. Orang ramai yang meragui status kenderaan terutama yang dijual pada harga murah boleh datang ke JPJ untuk membuat pemeriksaan.

“Kebiasaannya kereta klon ini dijual pada harga 50 peratus lebih rendah daripada harga pasaran. Jadi mereka yang ragu-ragu boleh datang membawa kenderaan ke JPJ dan kita boleh lakukan semakan sistem dan nombor chasis kenderaan.

Sindiket dan penjual kereta klon ini sangat licik dan mereka menjanjikan pelbagai kemudahan seperti urusan tukar nama kenderaan selain kereta dijual murah. Tetapi apabila urusan selesai mereka hilang dan gagal dikesan lalu akibatnya hanya ditanggung pembeli,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here