Carlin Dunne terbunuh semasa cubaan rekod di Pikes Peak

1685

Pelumba motosikal, Carlin Dunne meninggal dunia apabila terlibat dalam kemalangan berdekatan garisan penamat Pikes Peak International Hill Climb dengan sebuah prototaip Ducati.

Dunne telah dominan sepanjang hujung minggu, memenangi kategorinya di Pikes Peak dalam empat acara berbeza.



Ketika kemalangan itu, dia menunggang prototaip Ducati Streetfighter V4 dalam mempromosi motosikal itu dan menyambung pembangunannya.

Menurut Jalopnik, semasa dalam percubanan terakhir itu, Donne sangat pantas dari sebelumnya untuk sektor pertama, kedua dan ketiga. Walaubagaimanapun, kurang dari 400 meter sebelum garisan penamat, dia kemalangan.

The Denver Post melaporkan bahawa seorang wartawan ternampak serpihan motosikal itu di tebing jalan kira-kira 20 ela dari garisan penamat dan penunggang itu berusaha mengawal motosikalnya disebabkan bonggol kecil di atas permukaan jalan.

Saksi mendakwa Dunne melanggar bonggol kecil ini pada kelajuan yang tinggi dan hilang kawalan ke atas motosikalnya.

Sebuah ambulans dan helikopter dihantar ke lokasi kemalangan. Kemudian, badan rasmi perlumbaan mengumumkan kematiannya dalam satu siaran berita.

Kami bersedih atas perkara ini dan semoga keluarga dan insan tersayang Dunne tabah dan sabar. Tujuh orang telah terkorban dalam acara Pikes Peak International Hill Climb sejak ia mula dianjurkan pada 1916.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here