Modenas Power Store eksklusif untuk Pulsar dan Dominar

2505

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) hari ini memperkenalkan konsep terbaharu iaitu Modenas Power Store. Ianya sebuah one-stop centre khas untuk rangkaian model street bike berasaskan Bajaj iaitu Pulsar dan Dominar.

Terletak di Sunsuria Avenue, Kota Damansara, kedai konsep ini merupakan yang pertama seumpamanya di rantau ASEAN.



Menurut Roslan Roskan, CEO Modenas, konsep ini meningkatkan pengalaman pembelian motosikal. Selain itu, ia juga boleh menyediakan aturan pembiayaan, naik taraf motosikal, alat ganti tulen, tunggang uji, serta servis dan baik-pulih oleh mekanik terlatih.

Antara aksesori yang boleh didapati di sini adalah topi keledar Shark dan aksesori tunggangan dari Furygan.

Turut berada di majlis pelancaran ialah Naib Presiden Perniagaan Antarabangsa dari Bajaj Auto Limited, Sameer Deshpande. Beliau berkata, “Malaysia merupakan sebuah pasaran motosikal yang unik dan matang.”

“Melalui kerjasama kami dengan Modenas, ia membolehkan pembeli di sini menikmati motosikal berkualiti pada harga berpatutan, seperti juga di lebih 70 negara di seluruh dunia,” katanya.

Modenas Power Store terletak di 3-G, Street Wing, Persiaran Mahogani, Sunsuria Avenue, Kota Damansara, Petaling Jaya.

Untuk maklumat lanjut, lawati Facebook Modenas Official.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here