Rider muslimah bawak Yamaha Y15, jangan main-main!

7190

Motosikal Yamaha Y15ZR atau Yamaha Y-suku sememangnya tengah hangat sekarang. Mungkin ia lebih ‘hangat’ jika pemiliknya adalah sorang rider muslimah.

Ya, Y15 ini dimiliki oleh seorang rider muslimah! Bertudung dan berjubah penuh siap!



Siaran asal di beberapa page Facebook telah mendapat ratusan Share dan Like dalam masa kurang 24 jam.

Hasil penyelidikan kami, rider ini menggunakan akaun Facebook bernama Thiea Arjuna, berasal dari Pekan, Pahang dan kini menetap di Shah Alam.

Thiea telah memiliki Y15 ini sejak dua tahun yang lalu dan menurutnya, boleh dikatakan semua bahagian motosikal ini telah dimodifikasi.

Dari brek, rim, ekzos dan arm belakang, semuanya telah dinaiktaraf.

Rider muslimah dengan Y15 ini mengundang pelbagai reaksi netizen. Antaranya, “Kain tu jangan masuk sprocket sis. Boleh menyebabkan kek0yakan besar kain. Saya dah kena masa balik solat Jumaat. Nasib baik ada boxer.”

Caring betul korang ya.

Komen lain adalah, “Adakah ini bidadari dunia? Aku sanggup race untuk dapatkan hati dia, bukan race motor tau.”

Haa apa lagi, #OnXOn race ni?

Ada yang berkata, “Yang ni 49k (RM49,000) hantaran. Susah nak jumpa perempuan pakai longgar-longgar macam ni.”

Betul tu, penulis setuju. Apa lagi, kasi pecah tabung pergi hantar rombongan.

Apa pendapat anda? Anda kenal rider lain macam Thiea ni? Jemput komen dan bincangkan!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here