Kapal kargo bawa 4000 kereta Kia dan Hyundai tenggelam

2364

Sebuah kapal kargo Korea Selatan yang membawa 4,000 kenderaan terbalik ketika dalam perjalanan menuju ke Timur Tengah dari Korea Selatan. Kapal yang bernama Golden Ray itu tenggelam di perairan Amerika Syarikat, Georgia, berdasarkan laporan dari pengendali Hyundai Glovis.

Kapal itu dilaporkan membawa kereta baru Hyundai dan Kia. Malangnya apabila ditanya mengenai pengesahan ini, Hyundai enggan memberi komen atas dasar isu sensitif bagi mereka dan mengatakan bahawa tidak ada kereta mereka berada di atas kapal.



Pihak berkuasa tempatan segera menghantar pegawai keselamatan untuk menyelamatkan anak kapal yang berada di sana. Laporan menyebut bahawa terdapat 24 orang di atas kapal yang terbalik itu.

Penyelamat awal dilakukan oleh pengawal pantai AS

20 orang pertama berjaya diselamatkan dengan segera. Empat orang yang selanjutnya hanya dapat dipindahkan 5 jam kemudian. Kesemua mereka yang dikenal pasti di atas kapal berjaya diselamatkan. Empat mangsa terakhir menerima rawatan rapi untuk penilaian kesihatan yang selanjutnya.

Sementara itu belum ada pengesahan selanjutnya mengenai jumlah kerugian dari kemalangan itu. Kereta yang dikatakan mengandungi kereta Hyundai dan Kia belum dapat disahihkan dan model apa yang telah tenggelam.

Begitu juga dengan sebab kapal ini terbalik, keputusan puncanya juga masih belum dikenalpasti oleh petugas yang bertanggung jawab mengendalikan kes itu. Kapal ini mula beroperasi pada tahun 2017 dan beroperasi di bawah bendera Marshall Island.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here