Naza Kia Malaysia lancarkan pusat 3S terbaharu di Johor

1974

Naza Kia Malaysia sebagai pengedar rasmi kenderaan jenama Kia di negara ini merasmikan pusat jualan, servis dan alat ganti (3S) terbaharunya di Tampoi, Johor Bahru, Johor.

Ia diuruskan pengedar sah jenama itu, Supreme Priority Sdn Bhd dengan pelaburan RM5 juta.



Ia membolehkan ruang pameran memuatkan tujuh kereta pada satu-satu masa serta mampu menyelenggara 100 kereta dalam sebulan melalui dua tapak ruang servis.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Automotif Naza Corporation Holdings, R Devaraju berkata, pembukaan cawangan ke-6 di Johor itu bagi penyediaan khidmat selepas jualan terbaik kepada pengguna.

“Peningkatan permintaan kenderaan Kia di Johor sangat memberangsangkan dengan kira-kira 90 peratus pemilik kenderaan buatan Korea membabitkan jenama Kia,” katanya.

Selain servis, pusat 3S Naza Kia Malaysia ini menyediakan lounge pelanggan, ruang kanak-kanak, bilik mesyuarat, surau, tapak basuhan kereta dan parkir yang luas.

Untuk kelancaran, pusat ini menempatkan 14 kakitangan termasuk lima juruteknik terlatih bagi operasi servis seharian.

Ia dibuka jam 9 pagi hingga 6 petang pada Isnin hingga Jumaat dan jam 9 pagi hingga 1.30 tengah hari pada Sabtu.

Ruang pameran jualan pula dibuka setiap hari daripada jam 9 pagi hingga 6 petang.

Model ditawarkan ialah Picanto, Rio, Cerato, Stinger, Optima, Grand Carnival, Sorento dan Sportage.

Sehingga September ini, terdapat 45 cawangan ruang pameran Kia di seluruh Malaysia dan pembukaan cawangan di Tampoi itu merangkumi kawasan pelanggan di Tampoi New Village, Skudai, Nusajaya dan Larkin.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here