Quartararo, Morbidelli bermula baik di GP San Marino

854

Dua pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli mempamerkan persembahan yang patut dipuji dalam usaha mereka untuk mendapatkan penyudah podium dengan masing-masing mencatatkan masa kedua dan kelima terpantas dalam sesi latihan bebas pertama Grand Prix San Marino, di Litar Misano Marco Simoncelli, Itali hari ini.

Fabio Quartararo

Quartararo yang mencatat lap terpantas dalam litar yang sama, dua minggu lepas, merekodkan satu minit 32.832 saat sementara Morbidelli melakukannya dalam masa satu minit 33.524 saat dalam litar sepanjang 4.2km itu.

Mengulas mengenai catatan masanya, Quartararo gembira dengan prestasinya biarpun berhadapan keadaan cuaca yang sukar dijangka di litar itu.



“Saya fikir kami perlu menunggu lama sedikit, kerana pelumba Moto2 dan Moto3 akan membantu kami membersihkan litar dan lebih banyak getah di permukaan lebih baik.

 

Pada akhirnya kami tidak menghadapi masalah dengan tayar yang lembut, dan ada sedikit lagi untuk dilakukan sementara kami mencari seting sesuai,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan pasukan itu, hari ini.

“Saya sedikit perlahan daripada ketika saya mengambil ujian itu tetapi bukan saya seorang sahaja dalam keadaan sebegitu.

“Saya ada menghadapi beberapa kejutan di hadapan hari ini tetapi setiap kali ia berlaku saya belajar kerana ia membantu saya memahami had tayar itu, menurut pelumba baharu berusia 20 tahun dari Perancis itu.

Berkongsi sentimen yang sama ialah Morbidelli yang turut gembira dengan persembahannya tetapi pada masa yang sama menyedari masih ada ruang untuk penambahbaikan menjelang perlumbaan Ahad ini.

Franco Morbidelli

“Ujian masa masih merupakan kelemahan saya, tetapi kami boleh mempertingkatkannya dalam latihan pagi esok, dengan sasaran untuk layak dalam dua kotak di hadapan. Ia merupakan hari Jumaat yang baik untuk Yamaha, dengan empat pelumba di kedudukan lima teratas.

Adalah penting untuk memahami tahap cengkaman esok sebelum kami mengetahui dengan pasti apakah keputusan yang mampu kami peroleh pada Ahad,” kata pelumba Itali berusia 24 tahun itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here