Idemitsu Boon Siew Honda Racing sedia untuk ARRC 2020

1988

Meskipun hanya bakal menyertai perlumbaan pada musim 2020, pasukan Idemitsu Boon Siew Honda Racing ditubuhkan sebagai langkah pendedahan awal.

Ia akan mengambil peluang slot ‘wildcard’ untuk bersaing dalam pusingan keenam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) FIM 2019 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam kelas ‘Asia Production 250cc’ (AP250).



Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Urusan Boon Siew Honda Keiichi Yasuda berkata, kategori AP250 diperkenalkan pada 2015 dan ia didominasi pelumba Thailand dan Indonesia.

“Penubuhan pasukan Idemitsu Boon Siew Honda Racing untuk kategori ini bagi memberi peluang kepada bakat tempatan bersaing di peringkat yang lebih kompetitif dalam usaha memecah dominasi pelumba negara lain,” katanya pada pelancaran pasukan berkenaan di SIC baru-baru ini.

Dua pelumba menjadi taruhan iaitu Muhammad Syarifuddin Azman, 18, dan Muhammad Idlan Haqimi Raduan, 15.

Mereka yang juga pelumba generasi ketiga akan menunggang jentera Honda CBR250RR yang menerima sentuhan program pembangunan pasukan Boon Siew Honda.

Generasi pertama terdiri daripada Zaqhwan Zaidi dan Khairul Idham Pawi sudah ke peringkat perlumbaan MotoGP dan generasi kedua, Azroy Hakeem Anuar dan Helmi Azman kini sedang mencipta nama dalam Kejuaraan Cub Prix dan ARRC.

“Pelumba Malaysia sering mengungguli kategori ASB1000, SuperSports 600cc dan Underbone 150cc kecuali 250cc.

“Penubuhan pasukan ini adalah landasan terbaik buat pelumba dan jurutera untuk lebih bersedia dalam menghadapi saingan sebenar tahun hadapan,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here