Koenigsegg pecah rekod sendiri untuk 0-400-0 km/j

1091

Koenigsegg dengan hypercar Regera telah memecahkan rekod mereka sendiri untuk pecutan 0-400km/j dan kembali ke 0 dalam hanya 31.49 saat sahaja. Catatan itu lebih baik dari 36.44 saat yang dicatat sebelum ini dengan Agera RS dua tahun lepas.

Pecutan Regera dalam 31.49 saat itu boleh dibahagikan kepada 22.87 saat untuk mencapai 400km/j dan 8.62 saat untuk berhenti semula ke kedudukan pegun. Rekod ini dilakukan di sebuah landasan pesawat tentera tidak digunakan di negara itu, Sweden.



Menurut Autocar dalam satu laporan pada Jumaat, bos syarikat itu iaitu Christian von Koenigsegg berkata permukaan itu terlalu kasar dan pemandu terpaksa mengelak kawasan tidak rata semasa pecutan itu. Dia berkata Regera mampu mencatat masa lebih pantas lagi dalam situasi ideal.

Dengan 1,500hp dan 2,000Nm tork, Regera bukanlah suatu kereta yang lembap. Angka ini juga tidaklah terlalu ganas jika dibandingkan dalam konteks hypercar, tetapi masih mengagumkan.

Kuasa semata-mata bukanlah satu-satunya kelebihan Regera. Ia juga tidak mempunyai kotak gear. Sebaliknya, ia gunakan sistem yang Koenigsegg gelarkan sebagai “Direct Drive” yang merangkumi gear penurun berkelajuan tunggal dan sistem coupling hidraulik.

Ini memberikan dua kelebihan dalam pecutan sebegini. Pertamanya, tiada pertukaran gear berlaku, jadi Regera memecut berterusan tanpa gangguan.

Keduanya, Koenigsegg berkata sistem ini mengurangkan sehingga 50 peratus kehilangan tenaga, jadi Regera menghantar lebih kuasa dari keadaan menggunakan transmisi konvensional.

Apa pun, tahniah kepada semua pihak di Koenigsegg atas pencapaian hebat ini!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here