Jorge Lorenzo dedahkan ada pembaharuan untuk MotoGP Jepun 2019

1084

Jorge Lorenzo dedahkan bahawa dia telah melakukan beberapa pembaharuan, persiapan dan kemas kini yang baru untuk MotoGP Jepun pada 2019.

Sudah tentu beberapa pembaharuan ini adalah untuk membantu dirinya tampil lebih lebih pantas dan mampu menyaingi pelumba lain ketika meengharungi saingan MotoGP 2019 di Litar Motegi Twin Ring, Jepun pada Ahad (10/20/2019).



“Kami tiba di Jepun selepas mengharungi dua hujung minggu yang sukar. Pasukan saya dan saya mempunyai beberapa idea untuk mencuba motosikal saya dalam perlumbaan,” kata Lorenzo.

“Mudah-mudahan strategi baru ini akan membantu kami kembali ke landasan,” kata juara dunia MotoGP tiga kali itu.

Rekod sejarah Jorge Lorenzo di Litar Motegi agak baik. Sepanjang perlumbaan di kelas MotoGP, Lorenzo mempunyai tiga kedudukan podium dalam kejohanan MotoGP Jepun.

“Saya mempunyai kenangan yang baik di trek ini. Beraksi dihadapan penonton dan rakyat Jepun akan menjadi sangat istimewa kerana ini adalah kali pertama saya akan bersaing di sana sebagai pelumba pasukan Honda,” kata Lorenzo.

Siri perlumbaan MotoGP Jepun pada tahun 2019 dianggap menjadi penentu nasib Jorge Lorenzo dalam Repsol Honda.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here