Maverick Vinales tampil secara konsisten di Twin Ring Motegi

175

Maverick Vinales tampil secara konsisten dalam dua sesi latihan bebas (FP) yang diadakan di Twin Ring Motegi diamana dia sentiasa mencapai lima kedudukan teratas.

Dua pelumba pasukan Yamaha Monster Energy, Maverick Vinales dan Valentino Rossi, mempamerkan persembahan yang berbeza pada hari pertama MotoGP Jepun 2019. 

Dalam sesi FP1, pelumba yang digelar Top Gun itu menamatkan perlumbaan pada sesi latihan sebagai pelumba terpantas dengan mencatat masa pusingan terbaik yaitu 1 minit 45.572 saat.

Maverick Vinales tampil secara konsisten, 0.2 saat dari rookie Petronas SRT, Fabio Quartararo, yang mengakhiri perlumbaan sesi latihan pada tempat kedua.

Persaingan antara Vinales dan Quartararo berterusan pada FP2, tetapi kali ini, pelumba Sepanyol itu akur dengan keunggulan Quartararo dan menamatkan perlumbaan pada tempat kedua.

Sementara itu, Valentino Rossi masih mengalami penampilan yang tidak konsisten. Pelumba yang digelar The Doctor itu bergelut dalam sesi FP1 sebelum akhirnya dia hanya dapat mengakhiri perlumbaan tersebut dengan menduduki tempat ke-12.

Komen anda mungkin membantu